Thursday 20 March 2014

Ku Intai Terai Sebuah Perjuangan

Bismillah alhamdulillah.. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw..

Sekian lama tidak ku coretkan apa-apa diruangan blog ini.. ku tinggal sepi tanpa sebarang pena.. Hari ini alhamdulillah Allah berikan sedikit kekuatan untukku mencoretkan sesuatu..

Angan-angan dan keinginan atau cita-cita seseorang itu mungkin akan sama diawal permulaan sebuah perancangan. Namun segalanya ditentukan ALLAH, walau sehebat mana perancangan seorang manusia, Allah jualah penentu segalanya. Ku akui suatu ketika dulu pernah punya impian yang sama bersama sahabat-sahabat perjuanganku, namun tak semua mampu bersamaku sehingga keakhitnya.. Ada yang rebah disebelum dimulakan, ada yang rebah dipertengahan dan ada yang sebelum sampai ke pengakhiran.

Wahai sahabatku sayang,
Seketika dulu kita pernah merancang bersama-sama untuk adakan satu aktiviti agar ukhwah persahabatan kita semakin utuh. Ku rancang dengan formula SINERGI.. Pada awalnya kami gagal, kerana masing-masing punya komitmen.. Sungguh aku kesal kerana kegagalanku mengurus masa agar ia dapat terlaksana dengan segera sesuai dengan perancangan kami..

Wahai sahabatku yang ku rindui,
Benar ada diantara kalian yang menginginkan agar kita punyai usrah sendiri, dalam kalangan sahabat kita sahaja, bukan rasist atau kesukuan tapi atas dasar bagi memastikan ukhwah persahabatan kita untuk meraih redha ALLAH.. Dengan ada usrah itu, harapnya dalam kesibukan kita pada tanggungjawab yang lain kita masih mampu luangkan sedikit masa at least seminggu sekali untuk kita bersua, sama-sama duduk berkongsi masalah, mencari penyelesaian dan membawa setiap dari kita memandang masalah sebagai satu ujian daripada ALLAH..

Wahai sahabatku,
Saat aku melihat kalian sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab, aku terdiam.. aku mendoakan agar kalian sentiasa mampu memikul amanah itu. Dan aku, walau ada yang melihat seolah aku tidak ada tanggungjawab yang besar (Program) Namun sebenarnya aku dalam tanggungjawab yang lebih besar dari kalian. AKU PERSIAPKAN DIRI UNTUK UMMAH.. Ya, banyak yang perlu aku kejar, banyak yang menanti tarbiyah yang perlu aku follow up.. Kadang-kadang aku rasa sangat lemah, air mata mudah mengalir dalam kau tidak sedar. Tapi aku perlu kuat, kerana aku punya sahabat-sahabat disisiku..

Maafkan aku semua, ada masa aku tidak sempat menziarahi kalian, walaupun dalam jadualku telah ku tetapkan untuk menziarahi kalian setiap minggu, mendengar permasalahan kalian, mendengar kegembiraan yang kalian ingin kongsikan.. Seronokku lihat bila semua dah ada sifat kepimpinan dalam diri. Aku tahu kalian sedang belajar sesuatu, punya komitmen yang lebih besar lantaran itu kadang-kala sukar untuk kita bersama dalam bulatan gembira..

Tidak mengapa, aku langsung tidak terasa malahan amat berterima kasih kerana kalian mendidikku untuk menjadi seorang sahabat yang berlapang dada.. Moga suatu saat nanti aku mampu mencapai tingkat persahabatan tertinggi iaitu itsar (melebihkan sahabat dari diri sendiri)..

Ku doakan kalian sentiasa sukses.. Cuma satu pintaku, jangan henti berdoa.. Apa yang kita lakukan biarlah peroleh redha dari ALLAH.. Jangan seronok dengan jawatan/ nama yang semakin meningkat, kerana disebalik semua itu ada satu amanah yang besar.. Moga kalian semua mampu memikul amanah tersebut..

~Doaku dari jauh~
~Biar tidak bersua muka, asal dihati sentiasa ada, dalam doa sentiasa diingati~