Wednesday 27 February 2013

1st Step Genggam Menara Gading (Part 2)




Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah wa syukurillah, seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas next post saya akan berkongsi pengalaman sepanjang Program 1st Step Genggam Menara Gading.

Pagi tu (13 Februari 2013) seperti yang dijanjikan kami barisan fasilitator yang terlibat perlu berkumpul di dewan sekolah seawal jam 7.30 pagi. Mengikut planning asal program akan bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi. Namun kami hanya mampu merancang, berlaku sedikit kelewatan kerana terpaksa menunggu para pelajar SPM bergerak ke dewan. Dalam hati, ya Allah bagaimana lah perjalanan program kami nanti, moga segala-galanya berjalan lancar serta mendapat kerjasama dari adik-adik kami.

First slot kami buat ice breaking. Slot yang sangat penting kerana waktu ini kami nak persuade peserta untuk bersama-sama kami serta merasa selesa dengan kami. Teringat waktu tu memang saya sendiri tak nak handle, ingat nak pass dekat kawan merangkap Ketua Pelajar 2010. Tapi last-last dia pun tak sanggup bila tengok adik-adik kami belum bersedia bersama kami. Alasan tak leh bla bila saya suruh dia handle dia jawab “tim laa handle, kan tim punya idea.. aku tak tahu apa-apa..? heheh masing-masing nak mengelak rupanya.

Allahu Allah, dengan gelagat adik-adik yang semakin huru-hara, cikgu sebagai pemantau dah sedia menunggu tindakan kami yang selanjutnya(Terima kasih kepada semua guru-guru yang membantu adik-adik kami waktu ice breaking). Waktu tu memang sangat-sangat risau, saya sebelum nie belum pernah jadi pengarah program, Fasilitator juga belum mempunyai pengalaman. Alhamdulillah demi sebuah tanggungjawab saya kuatkan jua diri untuk handle adik-adik nie dengan cara yang sempoi. Awalnya diorang semua susah nak buat but at the end diorang dah mula rasa selesa dan mula beri perhatian serta kerjasama.

Slot seterusnya kami buat perkongsian kami sebgai bekas pelajar SPM dan sebagai seorang mahasiswa. Kami sangat berharap dengan adanya perkongsian ini mereka akan dapat gambaran awal apa yang diorang akan jadi nanti. Kami barisan fasilitator hanya insan biasa yang juga punyai kekurangan tapi kami mahu adik-adik kami punyai semangat dan impian yang jelas tentang bidang apa yang bakal diceburi nanti. Gelagat gaya fasilitator berkongsi pengalaman sangat saya hargai dan bangga, ternyata dalam diam mereka semua tidak sedar masing-masing mempunyai bakat pengucapan di hadapan umum. Tahniah kepada barisan fasilitator semua.

Slot petang kami isikan pula dengan tajuk Negatives Becomes Positives. Slot yang keseluruhannya saya sendiri handle. Saya hanyalah insan biasa dan saya bukanlah juga dari jurusan psikologi tapi keinginan saya untuk menukar perspektif adik-adik untuk sentiasa positif kerana pada pemerhatian saya mereka semua kurang yakin pada diri sendiri kerana menyangka mereka tiada kelebihan. Nah, saya mahu semua daripada mereka tahu yang mereka punyai kelebihan yang mungkin kami sendiri barisan fasilitator tidak ada kelebihan tersebut.

Saat pertama saya pegang mikrofon petang itu, rasa sangat nervous dan rasa tak tahu bagaimana nak mula. Slot yang bakal di handle hanyalah banyak talk dan perkongsian, risau waktu petang-petang nie diorang akan rasa mengantuk. Hanya satu terlintas pada ketika itu " Ya Allah, kau berikan aku kekuatan dan ilham untuk bercakap. Kau lancarkanlah lidahku untuk berkongsi tentang ilmuMu dan moga ia bermanfaat untuk kami semua." Kemudian saya mulakan perkongsian sepenuhnya dan unexpected diorang memberi sepenuh perhatian dan saya sendiri pun tak sangka. Terima kasih adik-adik kerana sudi dengar perkongsian akak yang tak seberapa itu. Moga kita semua menjadi insan yang positif.

berakhirlah program pada hari itu

..................................

(14 Februari 2013). Hari kedua program.
Hari ni tak banyak kami lakukan sebab kesuntukan masa. Kami perlu tamatkan program pada jam 11 pagi kerana pelajar-pelajar SPM ada kem kepimpinan pula. Slot awal pagi kami isikan dengan games ringan sahaja sementara menunggu pihak KPTM datang untuk berkongsi info berkaitan Kolej Poly-tech Mara.

Terima kasih pada semua barisan fasilitator kerana kesudian kamu semua meluangkan masa untuk adik-adik kita semua, terima kasih pada pihak sekolah, guru-guru yang membantu kami serta tidak lupa kepada adik-adikku sayang kerana memberi sepenuh komitmen serta kerjasama kepada kami. Terima kasih semua yang di belakang tabir program yang banyak menyumbang idea walaupun melalui FB.. terima kasih, moga apa yang kita lakukan diberkati Allah dan memberi sesuatu yang berguna kepada semua..

Tuesday 19 February 2013

1st Step Genggam Menara Gading (Part 1)



Alhamdulillah wa syukurillah..
Program 1st step menara gading berjaya dilaksanakan pada 13 & 14 Februari yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, sekolah lama ku dulu.. mengimbau kembali bagaimana terbitnya idea untuk saya membuat suatu program khas untuk adik-adik yang bakal melangkah ke menara gading..

Allahu Allah, andai mereka tahu betapa besar dan sukarnya cabaran yang bakal mereka tempuhi saat melangkah masuk ke universiti.. dengan penuh rasa kasih sayang sebolehnya saya mahu adik-adik saya di sekolah at least mempunyai sedikit persediaan dan diorang ada seseorang yang boleh mereka rujuk untuk mengetahui berkaitan dengan cara hidup di universiti.

Melakukan sesuatu program yang belum pernah dibuat oleh bekas pelajar sekolah ternyata tidak semudah yang saya fikirkan sebelum ini. Ia memerlukan kesediaan diri, kekuatan dalaman serta kesabaran yang tinggi selain tidak mudah panik apabila berlaku sesuatu.
Pertamanya, saat saya buat pengumuman dalam group FB Lepasan SPM SMK KERTEH, tak ramai yang berminat nak tahu.. maybe diorang rasa saya buat lawak ataupun diorang tak yakin sebenarnya walau apa pun kita nak buat kalau ada kemahuan sebenarnya angan-angan boleh menjadi nyata. Sukarnya terpaksa menyiapkan kertas kerja pada awalnya seorang diri. Dengan kesibukan menghadiri kuliah, program di UUM yang terlampau banyak, memegang jawatan EXCO AKADEMIK kelab Fasilitator Dewan Penginapan Pelajar menyebabkan saya mempunyai masa yang sangat terhad. Nasib baik waktu tu assignment semua sudah disiapkan.

Awalnya, rancangan ini saya berbincang dengan kaunselor sekolah, dengan penuh semangat saya lakukan juga pada awalnya biarpun seorang diri. Tapi malang tidak berbau, sudah nasib di saat hati sangat melonjak-lonjak nak siapkan kertas kerja, setiap saat dan saban hari berfikir macam mana bentuk program yang bakal dilaksanakan, saya mendapat berita kaunselor tersebut akan berpindah sekolah. Allahu Allah, waktu tu rasa semangat yang dulunya menggunung hampir hancur. Dengan siapa lagi saya akan berurusan dan minta bantuan.

Pada waktu tu saya sempat berfikir, mungkin program nie bukan yang terbaik kut nak buat..hoho.. tapi tu baru pandangan akal saya. Setiap kali solat saya akan berdoa “Ya Allah, seandainya program ini adalah yang terbaik untukku juga akan membawa kebaikan kepada adik-adikku, maka kau permudahkanlah segala-galanya.” Memang waktu tu rasa tak nak buat sebab saya pun kalut dengan final. Pada ketika itulah 2 orang kawan lama waktu sekolah dulu mesej saya tanya ada apa-apa nak tolong tak untuk program tu. Ya Allah waktu tu rasa sangat-sangat bersyukur Allah hantarkan 2 insan untuk membantu saat diri betul-betul nak menyerah.
Dua orang kawan ni tolong siapkan sebahagian lagi kertas kerja yang tidak lengkap. Malangnya sebelum sempat kertas kerja tu di hantar via FB.. Laptop salah seorang daripada diorang jatuh menyebabkan rosak dan semua file hilang. Allahu Allah.. tengah-tengah study week saya kuatkan juga diri untuk siapkan proposal. Alhamdulillah selepas segala-galanya siap, saya minta kaunselor check proposal yang dah kami siapkan. Feedback positif, kaunselor minta hantar direct dekat pengetua.. Masalah pula sebab tak ada yang dapat hantar secepat yang mungkin dekat pengetua. Sangat penting untuk mendapat kelulusan pengetua lebih awal sebab baru laa next gerak kerja dapat dijalankan.

Sebaik sahaja saya bercuti semester, dengan programnya menyebabkan proposal tak dapat dihantar mengikut perancangan asal. Tapi saya kuatkan juga semangat, pergi sekolah sebaik sahaja sampai ke kampung. Alhamdulillah proposal telah diluluskan sebaik pengetua menelitinya. Next gerak kerja kami lakukan menerusi FB.. sangat sukar sebab nak cari sponsor, waktu tu plak saya terpaksa buat sendiri sebab ramai tak cuti lagi time tu. Terima kasih to Aishah dengan Nabila sebab selalu ikut aku pergi sekolah and settle banyak perkara..ngeh3

Prinsip saya mudah KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT MENGAPA SAYA TAK BOLEH, SAYA MEMANG DILAHIRKAN MENJADI SEORANG YANG HEBAT..

Next post, in shaa Allah saya akan cerita perjalanan sepanjang program..

Thursday 7 February 2013

Ilmu bukan pada pointer


Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah penantian pelajar-pelajar ijazah uum menunggu keputusan final exam berakhir pada jam 3 petang semalam.. seperti biasa lumrah kehidupan ada yang tertawa dan ada yang berduka. Realiti kehidupan yang memang saya sendiri tidak nafikan, ramai yang menilai kepandaian seseorang berdasarkan pointer semata-mata. Corak pemikiran ini yang menyebabkan ramai diantara kita mengejar untuk mendapat keputusan yang tinggi agar tidak dipandang rendah oleh orang lain, untuk menunjukkan diri itu hebat, ingin bertanding dengan orang lain serta lain-lain..

Ya.. semua itu betul, tapi alangkah lagi indah sekiranya kita ubah niat kita menuntut ilmu agar segala ilmu yang kita pelajari dapat kita gunakan kelak untuk membantu masyarakat. Saya tertarik dengan satu kata-kata yang ALLAH ilhamkan saat saya tengah mentelaah semasa final exam yang lepas..

"RUGILAH.. RUGILAH.. RUGILAH.. MEREKA YANG STUDY BAGAI NAK RAK(GILER-GILER) SELAMA BERMINGGU- MINGGU TAPI SAYANGNYA ILMU YANG DAPAT DIGUNAKAN HANYALAH DALAM MASA SATU HARI"

Bayangkan kita stay up setiap malam waktu study week, kemudian kita hanya gunakan ilmu yang kita dapat tu setakat di dewan exam sahaja, selepas itu kita langsung tak ingat apa-apa tentang kita dah belajar.. tak ke terdetik "ya Allah macam buang masa aku tak tidur berhari-hari sebab nak jawab exam tapi bukan nak guna ilmu tu sepanjang hidup.."

Sebab itu bagi saya kita perlu ubah mind set kita untuk study kerana Allah dan bekalkan ilmu untuk bantu orang lain.. in shaa Allah segala ilmu itu kita dapat guna sepanjang hayat.

...........................

menyentuh sedikit berkaitan pointer.. ya tidak dinafikan bagi mereka yang dapat tidak seperti yang diharapkan pastinya akan merasa sedih melihat sahabat-sahabat yang lain lebih tinggi.. tapi ingat laa wahai sahabat-sahabat pembaca sayang, ada apa pada pointer kalau itu menyebabkan kita lupa diri.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan masa sekarang bukan la masanya untuk kita menyesal atau melayan perasaan sedih tapi ini waktunya untuk kita bangkit dari kegagalan dan tunjukkan pada semua kesilapan yang sedikit itu akan kita jadikan sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa akan datang.

Bersyukurlah walau berapa pun yang kita dapat sebab ini masanya untuk kita muhasabah diri kenapa aku dapat result macam nie..? Adakah aku dah usaha sebaik mungkin..? bagaimana kebergantungan aku kepada Allah..? sebab apa aku nak dapat result tinggi..?
Nah cuba cari jawapannya.. setiap kita selalu buat silap dalam pengurusan masa, tak dinafikan saya sendiri kadang-kadang leka dengan masa.. mungkin ramai antara kawan-kawan di universiti suka menonton movie kalau ada masa free sepanjang pengajian lebih-lebih lagi waktu study week, alhamdulillah, saya bukan type yang suka tengok movie kalau dalam pengajian tapi sikap saya yang suka sangat bersembang.. mulut non stop kalau bercakap..hehe.. itu juga kegagalan saya dalam menggunakan waktu, tapi alhamdulillah Allah cepat sedarkan, saya akan pergi bilik kawan untuk menyembang selepas asar sebab waktu tu memang saya tak akan study, peruntukkan untuk riadah mulut...hehe..

tiada kata mampu saya lontarkan bagi menasihati sahabat-sahabat sebab saya sendiri ada kekurangan untuk diperbaiki.. ya saya faham bagaimana rasanya dapat result tak seperti dijangka kerana saya pun pernah alaminya dulu.. tapi saya bangkit selepas itu dan berjanji saat saya menoleh semula ke belakang saya akan senyum dengan berkata " Terima kasih ya Allah, kegagalan yang kau berikan dulu, menyebabkan aku lebih fokus.. aku minta result yang tinggi tapi kau berikan yang sebaliknya kerana engkau ingin memotivasikan aku, engkau ingin aku merasai bagaimana rasanya sekiranya gagal.. engkau ingin aku hargai setiap ilmu yang aku pelajar.. terima kasih ya Allah kerana engkau sedarkan aku sebelum segalanya terlambat"

Allahu Allah, sahabat-sahabatku.. kita baru semester satu.. ayuh bangkit laa untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang..

Wednesday 6 February 2013

InDahnYa Saat DiUji..


Aku Terima Pemilik Si Tuduh Labuh...





“Assalamualaikum umi.”


Wajah ceria umi dilihat dalam alam maya dengan sayunya. Skype menjadi penghubung Hasanah dan ibunya yang berada jauh di mata tapi dekat di hatinya sepanjang masa. Raut wajah ibunya ditatap dengan penuh syahdu. Ingin disentuh wajah itu namun jarak memisahkan mereka.


Kini telah masuk tahun keempat Hasanah melanjutkan pelajaran di bumi Mesir. Kesibukan menimba ilmu membuatkan Hasanah tidak sedar masa berlalu dengan pantasnya. Ilmu perubatan yang dipelajari semakin hari semakin bertambah. Sudah menjadi cita-cita Hasanah sejak tingkatan empat lagi hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ini. Jika dihitung gaji yang agak lumayan, berbaloilah dengan kesibukan seorang doktor. Namun, bukanlah wang ringgit yang dipandang tetapi matlamat berbakti kepada orang ramai tersenarai dalam 100 impiannya. Walaupun pada awalnya masalah kesihatan menjadi punca dia teragak-agak untuk menceburi bidang ini, namun Allah sebaik-baik perancang. Hasanah lebih suka berserah kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.


“Waalaikumussalam. Adik sihat? Belajar macam mana sekarang?”


Tahulah Hasanah soalan itu memang akan keluar daripada mulut seorang ibu. Bimbang tentang keadaan yang jauh di mata walaupun telah sekian lama merantau. Ibunya lebih suka bertanya tentang pelajarannya terlebih dahulu. Mungkin kerana hati ibu sudah memahami, pelajaran adalah kunci utama tahap kesihatan anaknya itu. Apabila Hasanah tertekan dalam pelajaran, mulalah kesihatan diabaikan. Sikap yang dikatakan agak tidak matang ini memang menguasai dirinya sejak sekolah rendah lagi. Pantang keputusan peperiksaannya menurun, pasti akan ditingkatkan ulangkajinya. Dirinya terasa tercabar jika tanggungjawab sebagai seorang pelajar diabaikan dengan mudahnya.


“Alhamdulillah, baik-baik semuanya. Baru lepas habis test. InsyaAllah dah buat yang terbaik, serah dekat Allah sajalah. Orang rumah semua okay? Kak Long dengan Kak Ngah ada balik?”


“Semua okay. Kak Long baru balik hari tu. Dia ambil cuti seminggu sebab nak rehat. Dah mengandung tiga bulan katanya. Kak Ngah balik minggu depan. Nak bincang mengenai perkahwinannya terus.”


“Wah, lepas ni dah ada yang panggil Mak Su. Seronok, seronok. Tahniah lah. Kak Ngah pilih ke umi abah pilih? Hehe.”


“Dia pilih sendiri lah. Zaman sekarang orang cari sendiri lah adik. Adik dah ada calon belum?”


“Aik, pilih sendiri? Adik nak suruh umi abah carikan. Malas lah nak cari. Banyak lagi kerja lain nak buat.”


Senyuman manis terukir di bibir Hasanah. Siapa sangka disebalik kesibukan menimba ilmu, hatinya tetap dimiliki oleh hamba Allah yang telah lama tidak dihubungi. Hasanah lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada buah hatinya itu kerana tidak ingin mengganggu tahap keimanan seorang hamba yang sedang bermujahadah. Jauh di sudut hatinya, sudah mengalah mengharapkan insan yang telah bergelar seorang hafiz al-Quran itu. Dia bukanlah perempuan yang baik-baik sebaik seorang hafizah al-Quran. Dia juga bukanlah sepintar hafizah yang dapat menghafal kalam-kalam Allah yang Teragung itu. Walaubagaimanapun, Hasanah tetap nekad untuk menjaga diri sebaiknya. Mungkin bukan layak baginya untuk mendapat jodoh seorang hafiz, tetapi mungkin lebih baik dia mengharapkan dipertemukan dengan insan yang masih mampu menjadi ketua keluarga yang boleh mengimamkan solatnya kelak. Mengharapkan jodohnya itu adalah orang yang dapat mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.


Perbualan di Skype tidak dapat dipanjangkan. 15 minit yang diperuntukkan dirasakan seperti 5 minit. Tidak sempat berbual panjang berkongsi suka manis seorang perantau.


“Umi, adik ada kelas 30 minit lagi. Adik nak bersiap dulu ni. Nanti sampaikan salam dekat semua okay. Kirim salam sayang”


“Okay. Adik balik Ramadhan tahun ni kan?”


“Insya-Allah umi. Doakan segalanya lancar di sini.”

…………………

Masa berlalu dibawa angin. Kesibukan membuat persiapan perkahwinan Husnina sepanjang bulan Ramadhan membuatkan kepulangan Hasanah ke tanah air lebih diperuntukkan bersama keluarga. Bukan niatnya ingin melupakan sahabat-sahabat yang telah banyak membentuk dirinya, tatapi akalnya perlu bijak membahagikan masa antara keperluan rohani dan keperluan jasmani. Cukuplah sekadar chatting di muka buku, sudah menenangkan hati Hasanah.


Ukhti, enti dah berpunya belum? – Fatimah


Belum tiba waktunya :) – Hasanah


Enti setia dengan dia lagi ke? Enti ada dapat khabar dari dia? Ana dengar tak lama lagi dia nak bertunang. Ana stalker facebook dia. Melalui komen dan post dekat wall dia, itulah yang ana faham. –Fatimah


Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh dia. Ana dah lama tak hubungi dia ukhti. Sebab ana dah buat persiapan awal-awal, Allah Maha Perancang kan. Mungkin ana memang suka dia, tapi Allah tahu sukanya bakal isterinya terhadap dia berlipat kali ganda hebat. –Hasanah


Insya-Allah. Enti jaga diri baik-baik okay. Selalu berdoa dijauhkan daripada bisikan nafsu :) –Fatimah


Terima kasih sahabat. –Hasanah


Sayunya hati hanya dipendamkan. Istighfar mula bermain di bibirnya. Air mata tidak dapat disekat untuk membasahi pipi. Patahnya hati apabila kesetiaan berakhir sebegitu rupa. Teringat kali pertama perkenalannya dengan hamba Allah yang sudah lama berada di carta hatinya. Hasanah akur dengan kesetiaannya. Barulah dia sedar, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta itu bukanlah kejam di matanya kerana cinta itu yang telah mengubah arah hidupnya. Dia akur dengan aura cinta. Seorang perempuan yang mencintai seorang lelaki akan merasakan apa yang dikatakan oleh si kekasih adalah benar belaka. Hanya diangguk, tiada digeleng. Bersyukur juga Hasanah kerana Allah memberi peluang dia menyimpan perasaan kepada insan yang melabuhkan cinta kepada Allah.


“Enti tak perlu balik kepada cara hidup lama enti. Ana mohon, teruskanlah bersahabat dengan orang yang soleh.”


Kiriman SMS Akif lima tahun yang lalu masih segar di ingatan. Berdamping dengan orang soleh telah banyak mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Kini berakhir sudah kesetiaan hati. Hasanah sudah lama menantikan saat ini kerana kesetiaan itu sedikit sebanyak memberi harapan palsu buat dirinya. Solat tahajjud kali ini diselubungi kesedihan. Kegembiraan kakaknya yang akan melansungkan perkahwinan esok hari sedikit sebanyak meremukkan lagi hatinya. Mungkin kerana terlintas juga di hatinya ingin memiliki kekasih halal pilihannya sendiri. Tetapi segalanya telah dilupakan apabila lelaki pilihannya akan menjadi milik wanita lain. Sudah pasrah.

…………………………

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Majlis berjalan dengan lancar. Semakin bertambah ahli keluarga, semakin meriah rasanya. Sepanjang hari, tetamu sibuk menilik rumah banglo itu. Cantik indah dengan bertemakan White Garden. Mustahillah seorang pengurus butik perkahwinan membuat serba ringkas. Sering saja terlintas di fikiran Hasanah apabila ramai yang memuji. Hasanah juga tidak kurang sibuk. Sibuk ditemuduga, bila mahu melansungkan perkahwinan. Tidak kurang juga ada yang menawarkan khidmat pencarian jodoh. Semuanya dianggap lawak jenaka sahaja. Tidak terlintas lagi di fikirannya untuk ke arah membina masjid. Hatinya baru terubat luka, dibiarkan dahulu untuk pulih sepenuhnya.


“Mampu tak aku dapat suami yang soleh?”


“Allah izinkan tak aku dapat suami yang memahami aku?”


Lamunan dimatikan. Sekotak hadiah dihulurkan kepada Hasanah.


“Hadiah ni ada yang bagi untuk adik tadi.”


Abah berlalu pergi, kepenatan terpancar di wajah abahnya.


“Thanks dad! Selamat malam,” ceria suaranya.


“Orang lain bina masjid, orang lain dapat hadiah.”


Sempat lagi mengomel sendiri sebelum masuk ke bilik. Hadiah diletakkan di sisi katil, masih ada urusan yang belum diselesaikan. Setelah berwuduk, bacaan al-Mulk dimulakan. Sudah menjadi runtinnya sejak mendapat ilham daripada Allah. Bacaan ini diharap sedikit sebanyak dapat mebantunya menghadapi seksaan di akhirat kelak. Nauzubillah, hikmah pembacaan al-Mulk terlalu besar baginya. Badan dibetulkan menghadap ke arah kanan. Sunnah Rasulullah sedikit sebanyak mengingatkannya kepada Rasul terakhir utusan Allah. Hadiah. Matanya memerhati lagi, tidak sempat dilelapkan. Sekeping kad disertakan.


Assalamualaikum doktor,

Terimalah hadiah ini seadanya.

Selamat mencari kemanisan Islam,

Saya tunggu awak habis belajar.

Semoga Allah menjaga awak untuk saya (:

……………………….

Tarikh 27 Jun menjadi pilihan pasangan termuda dalam keluarga Encik Anwar ini. Anak bongsu perempuannya memilih untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun. Bukan kerana sudah tidak sabar, bukankah lebih baik mendirikan masjid lebih awal apabila tiba masanya adalah yang terbaik bagi menjaga hatinya yang sudah lama bersabar untuk menatap wajah bakal zaujnya.


Seperti yang diceritakan abah, pemilik hadiah adalah lelaki yang baik. Cukuplah bagi Hasanah menerima lamaran lelaki itu apabila mengetahui bahawa lelaki itu bertemu abah di masjid. Bertambah yakin lagi hati Hasanah apabila hadiahnya itu adalah tudung labuh. Hasanah beranggapan, tudung labuh itu menunjukkan lelaki itu mampu mengubah dirinya kelak. Semestinya ke arah kebaikan.


Perkahwinan Hasanah banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan keluarga besarnya. Tidak pernah terjadi dalam keturunan itu, berkahwin tanpa bertunang. Ditambah kekesalan lagi apabila Hasanah menerima lelaki itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dibiarkan sahaja orang berkata-kata. Hasanah sudah menjangkakan keluarga besarnya yang mempunyai darah perniagaan itu akan mencemuh dirinya. Pilihan ayahnya pasti yang terbaik buatnya. Mustahil ayahnya mencari yang tidak sekufu buatnya.


“Kenapa budak tu tak siasat dulu latar belakang laki tu. Nanti dapat tukang sapu baru tahu. Buat malu keluarga je.”


“Hasanah tak takut ke laki tu gemuk ke, tak sesuai dengan Hasanah.”


Dirinya sendiri selama ini dianggap asing kerana tidak mengikut perkembangan berfashion. Namun jalan manakah yang benar. Berlandaskan Islam atau berlandaskan masa? Akur dengan tazkirah yang pernah dibaca. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara. Persaudaraan kerana Islam lebih mahal nilainya berbanding persaudaraan kerana pertalian darah. Keluarga kandung boleh sahaja bergaduh kerana gilakan harta, tetapi orang mukmin tetap menghormati sesama mereka dalam pembahagian harta.

….

Telah sah sudah Nurul Hasanah binti Hassan menjadi bidadari dunia Abdul Hakim bin Razman dengan sekali lafaz. Hasanah melihat sekilas wajah Hakim ketika sesi pembatalan air sembahyang. Perasaan malu masih menebal. Sejak awal pagi lagi, sesuatu bermain di fikiran Hasanah. Wajah ibu mertuanya dan kakak iparnya seperti pernah dilihat. Pandangan sekilas wajah suaminya juga membuatkan
Hasanah panik.


Akhirnya, saat yang dinantikan Hasanah untuk memakai blaus pengantin menjadi kenyataan. Cantik mempesonakan. Tetamu yang hadir seakan-akan tidak percaya Hasanah tampil secomel bidadari. Mungkin kerana sikap Hasanah yang sangat bersederhana selama ini, tidak berminat untuk make up dan berpakaian secantik itu walaupun berkerjaya. Hari ini Hasanah tampil dengan kelainan untuk menjaga hati kekasih halalnya.


“Akif”


Hasanah sentap melihat wajah Akif di majlis itu. Agak kehairanan kerana majlis itu hanyalah untuk ahli keluarganya terdekat kedua belah pihak sahaja. Matanya tajam memerhatikan pergerakan Akif. Menghampiri meja santapan keluarga pihak lelaki.


“Awak, jom teman saya jumpa keluarga saya.”


Tangan Hasanah dipimpin Hakim. Akur tanpa sebarang kata-kata.


“Hakim, mama nak balik dah,”


“Mama terus balik rumah? Kalau mama nak bercuti dekat sini Hakim boleh minta pekerja Hakim simpankan hotel untuk Mama,”


Terdiam Hasanah. Dia tidak pernah mengenali Hakim. Jadi, tidak dapat disampuk perbualan itu. Hanya senyuman yang terukir.


“Boleh juga. Bukan selalu datang sini.”


“Okay mama. Nanti Hakim dengan Nurul datang tengok Mama esok okay. Boleh Nurul?”


Mata Hakim bertentangan dengan mata Hasanah. Berdegup kencang jantung insan yang baru bergelar isteri itu.


“Boleh saja. Tapi Nurul kurang tahulah tempat yang best dekat sini. Tak sempat menjelajah negeri sendiri. Banyak merantau negeri orang.”


“Itu no hal lah, sayang. Pemandu pelancong kan ada.”


Senyum sahaja dibalasnya. Hasanah sudah mula tidak senang duduk. Masih kekok dengan kaum lelaki. Terasa masih asing. Kegelisahan itu membuatkan lupa akan bayangan Akif tadi.

……………………….

Kereta BMW milik Hakim meluncur laju menuju ke tempat penginapan ibunya. Hasanah hanya diam. Suasana dalam kereta hanya diriuhkan dengan radio.


“Kenapa awak terima saya?” Hakim memulakan perbualan.


Sepi. Tiada jawapan.


“Nurul. Awak di sini kah?”


“Eh, apa awak tanya?”


“Saya tanya kenapa awak sudi terima saya walaupun tak pernah kenal,”


“Kenapa awak bagi saya tudung labuh?”


“Kenapa awak tak jawab soalan saya dulu?”

“Kenapa awak nak tahu?”


“Sebab saya suami awak.”


Hasanah terdiam. Menarik nafas, tenang.


“Saya terima awak sebab pemberian awak. Kenapa awak hadiahkan saya?”


“Saya nak isteri pakai tudung labuh. Cantik macam awak.”


Dicuit pipi Hasanah tanpa meminta izin.


“Eh, senangnye dia.”


Dibalas cubitan di paha Hakim. Kemesraan mula diperoleh.


“Kenapa dengan tudung labuh yang saya hadiahkan dekat awak tu?”


“Saya yakin awak boleh ubah saya ke arah kebaikan.”


“Tapi saya ni bukan budak sekolah agama macam awak dulu.”


“Siapa cakap budak sekolah agama saja mampu bimbing orang lain. Eh, awak kenal saya dari mana erk?”


Telefon bimbit Hakim berbunyi. ‘Mama’.


“Sayang, angkatkan. Saya tengah drive.”


“Eh, tak biasa lah.”


“Mama awak jugak.”


Diikuti sahaja arahan Hakim. Walaupun Hakim banyak mengarahnya tetapi dianggap sahaja sebagai senda gurau.


“Assalamualaikum abang. Akif ni. Abang, mama cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel. Jangan lupa bawak kakak ipar Akif yang abang sayang sangat-sangat tu yeah. Jumpa nanti, okay.”


Talian diputuskan. Wajah Hasanah mula berubah. Apa lagi yang Allah aturkan untuk hamba-Mu ini Ya Allah.


“Nurul, kenapa?”


“Oh, Akif call bukan mama. Dia cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel.”


“Dah agak dah,”


“Apa yang dah agak?”


“Akif yang telefon. Kalau dia cakap memang tak ada noktah. Lansung tak bagi peluang dekat orang lain. No wonder lah awak tergamam.”


Hakim ketawa kecil. Hasanah makin terkesima.


“Akif tu siapa?”


“Orang yang kenalkan awak pada saya,”

…………………………..

“Kenapa mesti kau buat aku camni?”


“Buat apa?”


“Kau jangan pura-pura tak tahulah. Kau memang nak hancurkan hidup aku kan?”


“Weh, aku tak bermaksud apa-apa pun. Hakim tu…”


“Hakim apa? Kau kalau tak nak dekat aku pun janganlah sampai jual aku dekat kaum kerabat kau.”


“Hasanah, tak ada niat pun. Sebenarnya Hakim tertarik dengan kau waktu dia nampak kau dekat sekolah waktu ambil result SPM lagi.”


Hasanah berlalu pergi ke arah meja utama restoran, meninggalkan bilik air di belakang dapur restoran.


“Hasanah, Allah aturkan segalanya cantik. Mungkin dah tiba masa awak gunakan cinta terhadap manusia mendekati cinta kepada Allah pula.”


Berhenti seketika. Menarik nafas. Tidak sanggup kelihatan sayu di hadapan ahli keluarga yang lain.

…………………….

Tempoh seminggu bercuti telah tamat. Hasanah terpaksa kembali bekerja. Seminggu bersama Hakim sepenuh masa seperti masih belum habis taaruf. Hati Hasanah mula terbuka kepada Hakim. Pasangannya itu sangat pandai membuka pintu hatinya. Mungkin kerana sudah halal, terasa lebih bersemangat menjalin kasih.


“Sayang, terima kasih.”


“Erm?”


“Sebab awak selalu ajak saya Qiam. Waktu bujang dulu, saya malas tahu nak Qiam.”


“Kenapa malas?”


“Balik lewat malam lah sayang. Banyak kerja dekat pejabat.Nanti tak cukup rehat.”


“Aik? Alasan.”


Hasanah sudah mengerti sekarang apa yang dikatakan oleh Akif. Bimbinglah orang untuk mencintai Allah. Tiada salahnya dikorbankan cinta, asalkan ikhlas kerana Allah. Kasih pada manusia hanya sementara, tetapi kasih pada Allah akan kekal abadi. Berkorban di jalan Allah pasti ada baiknya. Sesungguhnya Allah Maha Perancang.


“Nurul pun nak cakap terima kasih dekat abang. Sebab sekarang bila Nurul Qiam dah ada yang teman. Biasanya suruh Allah sampaikan salam rindu dekat bakal suami Nurul. Sekarang dah ada depan mata.”


“Patutlah abang rindu Nurul sepanjang masa.”

………………..

Pagi itu Hakim menghantar Hasanah ke hospital. Hari pertama menjejakkan langkah ke tempat kerja setelah seminggu bercuti membuatkan Hasanah sedikit berat hati. Tetapi masih ramai pesakit yang memerlukan dia. Rindu pada suasana hospital, membuatkan Hasanah bergegas melangkah masuk. Terlupa untuknya meminta nombor telefon bimbit suaminya itu. Manakan tidak, selama ini hanya berkepit. Tidak pernah berpisah jadi tiada keperluan meminta nombor telefon. Buntu Hasanah, bagaimana cara untuk menghubungi Hakim untuk menjemputnya. Buntu.


Abang tunggu Nurul dekat luar.


Pengirim, “weird”.


Hasanah terduduk sebentar. Terasa lemah. Siapa sangka mesej tazkirah yang tidak putus-putus dihantar oleh orang yang tidak dikenalinya selama ini telah menjadi suaminya. Siapa lagi yang akan memanggilnya dengan gelaran Nurul melainkan Hakim. Pernah juga Hasanah bertanya kepada insan yang dipanggil weird itu siapakah gerangan empunya badan. Tetapi mesejnya tidak terbalas.


Menuju ke kereta milik suaminya. Dihulurkan tangan untuk bersalam dengan Hakim. Kali ini senyuman tidak terukir sejelas biasa.


“Kenapa?”


“Abang yang hantar mesej tazkirah dekat Nurul selama ni?”


Hakim hanya mengangguk.


“Kenapa tak pernah cakap siapa abang dekat Nurul?”


“Sebab abang tak nak kacau Nurul. Nurul kan budak baik.”


“Terima kasih abang sebab jaga Nurul dari dulu.”


Hasanah rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang sangat menyayanginya. Dirinya terasa dihargai. Perancangan Allah penuh dengan rahsia. Allah pisahkan Hasanah dengan Akif kerana Allah tahu Hakim lebih memerlukan dia. Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma manusia yang tidak pandai menghargai. Kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang dilihat ialah apa yang dia mahu, harus diperoleh! Pengalaman hidup Hasanah sangat manis setelah diduga oleh Allah. Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya.