Wednesday, 27 February 2013

1st Step Genggam Menara Gading (Part 2)




Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah wa syukurillah, seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas next post saya akan berkongsi pengalaman sepanjang Program 1st Step Genggam Menara Gading.

Pagi tu (13 Februari 2013) seperti yang dijanjikan kami barisan fasilitator yang terlibat perlu berkumpul di dewan sekolah seawal jam 7.30 pagi. Mengikut planning asal program akan bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi. Namun kami hanya mampu merancang, berlaku sedikit kelewatan kerana terpaksa menunggu para pelajar SPM bergerak ke dewan. Dalam hati, ya Allah bagaimana lah perjalanan program kami nanti, moga segala-galanya berjalan lancar serta mendapat kerjasama dari adik-adik kami.

First slot kami buat ice breaking. Slot yang sangat penting kerana waktu ini kami nak persuade peserta untuk bersama-sama kami serta merasa selesa dengan kami. Teringat waktu tu memang saya sendiri tak nak handle, ingat nak pass dekat kawan merangkap Ketua Pelajar 2010. Tapi last-last dia pun tak sanggup bila tengok adik-adik kami belum bersedia bersama kami. Alasan tak leh bla bila saya suruh dia handle dia jawab “tim laa handle, kan tim punya idea.. aku tak tahu apa-apa..? heheh masing-masing nak mengelak rupanya.

Allahu Allah, dengan gelagat adik-adik yang semakin huru-hara, cikgu sebagai pemantau dah sedia menunggu tindakan kami yang selanjutnya(Terima kasih kepada semua guru-guru yang membantu adik-adik kami waktu ice breaking). Waktu tu memang sangat-sangat risau, saya sebelum nie belum pernah jadi pengarah program, Fasilitator juga belum mempunyai pengalaman. Alhamdulillah demi sebuah tanggungjawab saya kuatkan jua diri untuk handle adik-adik nie dengan cara yang sempoi. Awalnya diorang semua susah nak buat but at the end diorang dah mula rasa selesa dan mula beri perhatian serta kerjasama.

Slot seterusnya kami buat perkongsian kami sebgai bekas pelajar SPM dan sebagai seorang mahasiswa. Kami sangat berharap dengan adanya perkongsian ini mereka akan dapat gambaran awal apa yang diorang akan jadi nanti. Kami barisan fasilitator hanya insan biasa yang juga punyai kekurangan tapi kami mahu adik-adik kami punyai semangat dan impian yang jelas tentang bidang apa yang bakal diceburi nanti. Gelagat gaya fasilitator berkongsi pengalaman sangat saya hargai dan bangga, ternyata dalam diam mereka semua tidak sedar masing-masing mempunyai bakat pengucapan di hadapan umum. Tahniah kepada barisan fasilitator semua.

Slot petang kami isikan pula dengan tajuk Negatives Becomes Positives. Slot yang keseluruhannya saya sendiri handle. Saya hanyalah insan biasa dan saya bukanlah juga dari jurusan psikologi tapi keinginan saya untuk menukar perspektif adik-adik untuk sentiasa positif kerana pada pemerhatian saya mereka semua kurang yakin pada diri sendiri kerana menyangka mereka tiada kelebihan. Nah, saya mahu semua daripada mereka tahu yang mereka punyai kelebihan yang mungkin kami sendiri barisan fasilitator tidak ada kelebihan tersebut.

Saat pertama saya pegang mikrofon petang itu, rasa sangat nervous dan rasa tak tahu bagaimana nak mula. Slot yang bakal di handle hanyalah banyak talk dan perkongsian, risau waktu petang-petang nie diorang akan rasa mengantuk. Hanya satu terlintas pada ketika itu " Ya Allah, kau berikan aku kekuatan dan ilham untuk bercakap. Kau lancarkanlah lidahku untuk berkongsi tentang ilmuMu dan moga ia bermanfaat untuk kami semua." Kemudian saya mulakan perkongsian sepenuhnya dan unexpected diorang memberi sepenuh perhatian dan saya sendiri pun tak sangka. Terima kasih adik-adik kerana sudi dengar perkongsian akak yang tak seberapa itu. Moga kita semua menjadi insan yang positif.

berakhirlah program pada hari itu

..................................

(14 Februari 2013). Hari kedua program.
Hari ni tak banyak kami lakukan sebab kesuntukan masa. Kami perlu tamatkan program pada jam 11 pagi kerana pelajar-pelajar SPM ada kem kepimpinan pula. Slot awal pagi kami isikan dengan games ringan sahaja sementara menunggu pihak KPTM datang untuk berkongsi info berkaitan Kolej Poly-tech Mara.

Terima kasih pada semua barisan fasilitator kerana kesudian kamu semua meluangkan masa untuk adik-adik kita semua, terima kasih pada pihak sekolah, guru-guru yang membantu kami serta tidak lupa kepada adik-adikku sayang kerana memberi sepenuh komitmen serta kerjasama kepada kami. Terima kasih semua yang di belakang tabir program yang banyak menyumbang idea walaupun melalui FB.. terima kasih, moga apa yang kita lakukan diberkati Allah dan memberi sesuatu yang berguna kepada semua..

1 comment:

  1. Casinos Near Hollywood, PA - Mapyro
    Find Casinos 김해 출장안마 Near Hollywood, PA in realtime and see activity. 하남 출장안마 Find a Casino Near 김해 출장마사지 Me 부산광역 출장마사지 in Hollywood, PA in realtime and see activity. 포항 출장안마

    ReplyDelete