Wednesday, 12 June 2013
Betul ke IlmU BukAn PaDa PoinTeR
Bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat kekasih Allah, buat hati kita Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah setelah sekian lama tanpa update sesuatu di ruang blog, hari ini diberi kekuatan untuk mencalit sesuatu..
Terfikir bilamana post saya berkaitan pointer di facebook di komen oleh pengetua dewan penginapan pelajar.. Adakah betul ayat yang saya keluarkan sebelum ini.. Sungguh diri ini seorang yang lemah juga perlu banyak mempelajari lagi, dalam usia awal 20-an ini mungkin segala tindakan ada kalanya tidak rasional, justeru memerlukan pandangan dan komen daripada mereka yang lebih tua..
ILMU BUKAN PADA POINTER..???
Risau sekiranya mereka yang membaca coretan saya di ruang facebook tersalah mentafsir.. mungkin maksud yang saya cuba sampaikan tidak dapat difahami sepenuhnya.. Bilamana saya mengeluarkan ayat “ilmu bukan pada pointer” ya sewaktu keluarnya keputusan semester 1 dulu.. Pada mulanya saya ingin memujuk sahabat-sahabat yang terasa begitu “down” dengan pointer pada semester 1, saya ingin mereka bangkit semula tanpa memikirkan pointer yang telah diperoleh. Andai kalian benar-benar berusaha dan niat belajar kerana Allah sudah pasti ilmu itu kekal. Ya, saya tidak menafikan pointer la yang menentukan kedudukan seseorang. Semua orang memandang daripada sudut tersebut. Saya ingin menimbulkan satu persoalan buat semua pembaca, adakah dengan pointer tinggi yang kita dapat kita benar-benar memahami ilmu tersebut atau pointer tersebut hasil daripada soalan bocor atau soalan ‘spot’.. itulah persoalan yang kadangkala timbul di benar fikiran saya. Dengan memandang keadaan sekeliling terkadang ada yang biasa-biasa sahaja pointernya tapi bila berbicara dengannya sungguh ilmunya sangat luas berbanding mereka yang tinggi pointernya tetapi kadang-kadang tidak berapa rasional dalam memberi hujah, fakta ataupun pandangan..
Pada saya, cara seseorang memahami perkataan “ilmu bukan pada pointer” mungkin berbeza. Saya mengeluarkan perkataan ini dengan kefahaman saya yang tersendiri.
Tidak salah ingin mengejar pointer, itu salah satu yang dipandang oleh masyarakat. Tapi bilamana niat kita hanyalah untuk mendapatkan pointer yang tinggi semata-mata adalah sangat penat. Seolah-olah kita sedang mengejar sesuatu tetapi tidak pernah sampai ke destinasinya. Mengapa saya berkata demikian..?? Ini kerana bayangkan sewaktu semester 1 kita menginginkan pencapaian dekan, kemudian dengan usaha dan doa serta rezeki daripada Allah kita dapat dekan, kemudian kita terus mengejar pointer dekan lagi pada semester 2, 3, 4 dan seterusnya..bukankah penat untuk mengejar sesuatu tetapi tidak pernah sampai..kita sentiasa mengejar untuk mendapat keputusan yang tinggi tapi untuk apa..?? Persoalan lain pula timbul..
Ada yang menjawab “untuk kehidupan yang lebih baik”. “Agar dipandang tinggi oleh masyarakat”. “Agar mudah mendapat pekerjaan”.
Mungkin benar jawapannya, tapi adakah segala ilmu yang pernah kita pelajari itu kita ingat sekiranya dahulu kita hanya niat untuk mengejar pointer semata-mata..??
Sesuai dengan sebuah hadis:
“Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapat apa yang diniatkan.”
Benarkah pabila saya mengatakan bilamana kita hanya berniat untuk mengejar pointer semata-mata itulah yang kita dapat sebenarnya. Ilmu..?? mungkin ingat-ingat lupa.. Justeru perkara itulah yang saya ingin diri saya sendiri mengubahnya..Saya tidak perlu menuding jari kepada sesiapa cukuplah buat diri sendiri yang sentiasa mengejar sesuatu sejak dari sekolah tapi tidak pernah sampai.. Saya mengejar sewaktu UPSR, PMR, SPM dan MATRIKULASI.. alhamdulillah saya mencapai target saya tapi bilamana ada yang bertanya saya gagal untuk memberikan jawapan yang terbaik sebab dulu saya belajar sesuatu subjek semata-mata untuk peperiksaan, kesannya saya tidak ingat selepas peperiksaan..
Saya ingat kata-kata yang pernah kawan dan saya lontarkan dulu “Perasan tak bila siapa-siapa minta kita explain sesuatu before exam, boleh jew kita jawab tapi kalau soalan yang sama ditanya selepas exam, kita pun dah lupa..” Nah inilah bilamana kami belajar hanya untuk exam..
Justeru, saya ingin menyeru diri saya sendiri serta mereka yang sudi untuk sama-sama mengubah niat kita belajar untuk apa.. segala-galanya perlu seiring.. Belajar niat kerana Allah bergerak seiring dengan mengejar pointer atau belajar kerana Allah bergerak seiring dengan mengejar ilmu.. Ilmu itu luas. Pada saya mengejar pointer kita hanya akan dapat pointer tapi bilamana kita mengejar ilmu, pointer itu datang dengan sendiri. Orang yang berilmu sudah pasti dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik seterusnya pasti akan mendapat keputusan atau pointer yang baik..betulkan begitu..??
Namun, perkataan ilmu bukan pada pointer hanya diri masing-masing yang mempunyai jawapannya.. Adakah pointer yang diperoleh itu relevan dengan usaha dan ilmu atau tidak..?? Saya tidak punyai jawapannya tapi diri sendiri yang lebih tahu.. ILMU BUKAN PADA POINTER atau ILMU MEMANG BERDASARKAN POINTER..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment