Saturday, 29 June 2013
Sahabat
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, selawat dan salam buat junjugan besar kekasihMu, buat hati kami Nabi Muhammad saw..
Terdetik untuk mengarang sesuatu berkaitan sahabat. Lumrah sebagai seorang pelajar perantauan yang jauh dari keluarga, insan yang paling rapat dan selalu disisi adalah sahabat. Bila mengenang kembali suka duka perjalanan persahabatanku bersama yang lain, kadang rasa sayu, gembira.. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, begitu juga dengan persahabatan kami. Memberi kejutan buat diriku sendiri. Indahnya ALLAH memberi dugaan, menegur bilamana kami terlalu leka dengan keindahan persahabatan.. Ujian dan cabaran menjadikan aku lebih mengenali mereka yang menjadi sahabat-sahabatku di universiti.
Bukan mudah untuk menjaga ikatan persahabatan andai masing-masing tidak mahu mengalah. Bagiku dalam persahabatan perlu ada "give and take". Bila ada salah faham, salah seorang perlu mengalah bagi melembutkan lagi sebelah pihak dan bukannya masing-masing nak tunjuk siapa lagi kuat.. Bukan siapa salah menjadi ukuran bagiku kerana yang benar tetap akan menang walaupun lambat. Berlembut itu lebih baik daripada bermusuhan..
Tatkala ada yang meminta pendapat, nasihatku, kadang-kadang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu, mungkin cukup sekadar menjaddi pendengar yang baik. Namun, aku rasa kadang kala aku juga perlu menegur sekiranya mereka salah, tapi bukan mudah bila melibatkan soal hati.. Ya begitu sukar.. Selagi aku mampu, aku berusaha menjadi pendengar yang terbaik, tapi ingatlah sebaik-baik pendengar adalah ALLAH swt.. Dia yang memberimu masalah, Dia juga yang ada jalan penyelesaiannya.. Carilah DIA dahulu, sebelum mencariku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment