Wednesday 27 March 2013

Ketegasan dalam kelembutan

Bismillahirrahmanirahim..
alhamdulillah.. syukur kepada yang Maha Esa kerana masih mengingati diri ini yang kadang kala terleka dengan nikmat yang diberikan. Dari sekolah lagi saya sentiasa sibuk dengan aktiviti serta program menyebabkan masa saya full untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Saat diuniversiti pabila tiada apa-apa perlu dibuat barulah tersedar hatiku rasa kosong. Seminggu emergency leave yang diambil kerana ayah meninggal menyebabkan saya sedikit tertinggal dibelakang dalam pelajaran. Saya kuatkan semangat untuk bangkit cover balik tapi hanya Allah yang tahu terkadang semangat itu hilang juga. Terasa diri tak kuat lagi untuk menyunting semangat buat diri sendiri. Dalam pada masa yang sama sahabat-sahabat dikampung masing-masing memerlukan saya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Pesan ibu dan kakak "Senyumlah, maniskan muka, bantulah orang lain sekiranya mereka ada masalah walaupun pada ketika itu kita sangat penat. Tunaikanlah hajat orang". Pesanan ini sentiasa terpahat dalam hatiku. Ya, saya sendiri kadang-kadang punya masalah yang saya sendiri tak sempat nak fikir dan kenalpasti itu adalah masalah. Banyak waktu guna nak bantu sahabat-sahabat selesaikan masalah mereka. Allahu Allah, saya sebenarnya tak kisah sangat sebab bagi saya itu mencerminkan bagaimana mereka memandang kita. Alhamdulillah at least mereka merasa selesa untuk berkogsi sesuatu dengan saya. Sekurang-kurangnya saya dapat membantu memberikan pandangan. Setiap masalah yang dikongsi saya belajar bagaimana seseorang dijui. Ya saya bukan jenis orang yang akan share masalah kepada orang lain. Banyak saya selesaikan sendiri, kalau tak kuat saya hanya akan mengadu, menanggis sambil "dating" di tengah malam. Pada saya DIA lebih tahu masalah saya, DIA yang berikan dugaan sebagai tarbiyah.

Sejak berakhirnya program Addin, saya mempunyai kelapangan waktu yang teramat banyak menyebabkan kalau tak ada apa-apa nak buat saya boleh menghabiskan masa hanya dengan mengelamun. Tanpa sedar haritu dekat 2jam saya mengelamun dan termenung. Ini bukan diri saya yang sebenar, barulah saya perasan saya telah kehilangan sesuatu dalam diri. Saya yang dulunya seorang yang sentiasa bersemangat, penuh kata-kata motivasi untuk bangkit, kini hanya insan yang lesu yang seolah-olah seperti orang putus cinta.

Disebabkan beberapa sebab the next program saya memohon untuk terlibat secara tidak langsung dibelakang tabir. Pengarahnya adalah sahabat yang sangat saya sayang. Dia perlukan sahabat-sahabat sebagai penguat dibelakangnya. Mintanya agar meeting yang pertama saya dapat hadiri bersama-sama sebagai penguat tapi saya ada usrah malam tu. Dengan rasa kasih sayang serta tanggungjawab sebagai seorang sahabat selesai usrah saya jengguk sekejap di bilik meeting. Petang tu saya dah ingatkan sahabat ini untuk pesan soal ikhtilat. Alangkah sedihnya bila balik usrah terjumpa roomate tengah dating ditempat gelap. Rasa ingin menitis air mata. "Ya Allah lemahnya aku, roomate ku sendiri aku tak mampu bantu". Sampai dibilik meeting hati bertambah luka, sebak bila lelaki dan perempuan jaraknya terlalu dekat. Rasa masa tu tak nak masuk, tapi sahabat disebelah kuatkan diri agar kami tetap masuk.

Kami masuk terus duduk dibawah sebab dah tak ada kerusi. Rasa sedih lagi bila sahabatku kiri dan kanannya lelaki. Saya tahu dia tidak selesa. Pada waktu tu memang sedih ditambah lagi rasa nak marah sebab program nie dibawah BIRO KEROHANIAN DAN SAHSIAH. Terasa ingin menegur ketuanya selesai sahaja meeting nanti tapi tiba-tiba saya rasa tak kuat. Andai waktu tu saya tegur jugak bimbang air mata akan jatuh sedagkan ketua tu seorang lelaki. Saya tak akan menangis depan orang lain.

Terpancul kata-kata "Kalau macam nie laa, lepas nie memang tak nak join lagi program under biro kerohanian"
sahabat mengingatkan " Jangan macam tu, Allah dah pilih kita untuk masuk jugak meeting nie walaupun kita bukan AJK"

Allahu Allah, indahnya cara tarbiyahmu. Doaku agar kau kembalikan diriku yang penuh semangat seperti dulu Kau makbulkan. Saat tu baru saya sedar saya punya lagi banyak tanggungjawab untuk bantu diri sendiri serta sahabat-sahabat yang lain. Kenapa saya masih leka dan punya masa untuk mengelamun sedangkan ramai yang memerlukan saya untuk bantu mereka. Sekarang saya perlu bangkit, kuatkan diri untuk bantu diorang. Terima kasih Allah kerana sedarkan aku.

Tersedar Allah tak beri kekuatan untuk berbincang dengan ketua tersebut sebab pada ketika itu saya sedang marah dan sedih, bimbang tiada lagi kelembutan dalam diri menyebabkan saya akan berbincang dengan emosi. Itu bukan cara Islam. Islam itu penuh kelembutan. Baru sedar selama ini kalau ada masalah saya akan selesaikan ddengan nada suara yang lembut dan fokus bagi selesaikan masalah bukan dengan emosi. Ya Ketegasan perlu ada dalam kelembutan.

Terima kasih Ya Allah atas tarbiyah ini. Kini setiap ujian aku mampu tersenyum dan aku tahu kau ingin ajarkan aku sesuatu. Terima kasih ya Allah kerana menduga kami sekeluarga. Dari kecil penuh dugaan menyebabkan kami adik beradik dah kalih dengan dugaan dan menjadikan kami lebih tabah.. Kini aku ingin senyum pada setiap ujian. Ya Allah aku ingin sentiasa diberi ujian agar aku dekat denganMU...

Tuesday 26 March 2013

Aku ingin sekuat Saidatina Fatimah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam buat junjungan besar baginda SAW.. Semangat itu datang dariNya. Rasa kecewa juga datang daripadaNya.

Diriku yang dulunya penuh dengan semangat, penuh dengan tawa luaran mahupun dalaman terasa semakin kosong. Sudah penat mencari kemana hilangnya semangat itu, tetap tak jumpa. Yang pasti senyum sentiasa terukir bila bersama sahabat-sahabat tetapi bila bersendirian rasa sunyi itu kembali. Ya Allah, terima kasih atas setiap ujian yang kau berikan. Berilah aku kekuatan ya Allah.. Aku tak kuat andai kau tinggalkan aku bersendirian.

Friday 22 March 2013

Malam Cinta Rasul



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. betapa bersyukurnya hati ini kepada Allah kerana mempermudah segala urusan serta memberi kelancaran bagi program Kuliah Addin(Manisnya Cinta Bersulam Keimanan) yang diadakan di Masjid Sultan Badlishah UUM pada 21 Mac 2013..

Perancangan awalnya saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa program untuk beberapa ketika selepas saya terpaksa pulang ke kampung kerana ayah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Alfatihah buat ayah, moga dia tenang di sana dan bersama orang-orang yang soleh..

Takdir menentukan, diri ini telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sebahagian daripada insan yang bertanggungjawab bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Persetujuan bagi memegang jawatan Timbalan Pengarah pada awalnya hanya kerana ingin membantu sahabat-sahabat muslimat yang lain tetapi hati memujuk mungkin ada sesuatu Allah nak bagi.

Alhamdulillah, walaupun kami menghadapi sedikit dugaan dan cabaran pada saat akhir, Allah memberi kami jalan keluar daripada dugaan yang diberikan. Keputusan last minutes HEP yang tidak membenarkan penceramah untuk masuk bagi menyampaikan ceramah menyebabkan kami diduga..lebih-lebih lagi pengarah program..Nampak betapa rungsingnya dia sedangkan tarikh program hanya tinggal 2 hari lagi.

Satu persatu masalah kami selesaikan bersama.. ikatan ukhwah antara kami semakin kuat. Alhamdulillah, moga Allah kekalkan ikatan ini untuk perjuangan kami memperjuangkan program-program keagamaan di UUM. Seronoknya handle program seperti ini ternyata sangat berbeza dengan pengalaman handle program yang lain. Mungkin terdapat keberkatan di situ.

Apabila melihat kelancaran program, semua hadirin berpuas hati..betapa hati ini rasa teramat bersyukur. Teringat waktu saya dan beberapa sahabat bersembang dengan kak Asma’ Suardi serta selepas UUM digemparkan dengan kes Bawani. Lantas kami bersepakat untuk merubah UUM menjadi lebih banyak kepada program agama. Alhamdulillah niat murni kami didengar oleh Allah, Dia la Maha Mengetahui segala-galanya. Saat kami tidak tahu di mana mahu bermula DIA tunjukkan jalan. Mungkin program ini adalah permulaan bagi kami untuk mengubah UUM menjadi Universiti Ulama Malaysia.
Terngiang saat bersembang dengan Mak Su, rasa kemesraannya.. Pengalaman pertama buat diri yang menyambut tetamu VIP. Rasa gagap sangat time tu. Pada mulanya kami panggil dengan panggilan ustazah tapi mak su meminta kami hanya memanggil dengan panggilan MAK SU sahaja. Rasa kerendahan hatinya. Mak Su merupakan insan bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar tahfiz yang menyampaikan persembahan qasidah sepanjang program berlangsung.

Waktu Mak Su nak balik, kami mengiringinya sehingga ke kereta, sempat lagi bersembang sampai hampir 30 minit. Urus setia Muslimin yang lain dah tengok-tengok mungkin sebab kami lama sangat kut (hehe).. Banyak sangat benda yang mak su nak share dan kami nak tahu. Pertemuan seketika itu begitu terhad pada kami tetapi sangat bermakna. Yang kelakarnya, Pemantau program datang untuk stop kan kami tapi last-last dengan dia pun tersangkut bersembang dengan ustaz..huhu..

Ada sedikit dugaan kami selesaikan bersama, tiada bergaduhan pun yang berlaku..masing-masing menjalankan tugas kerana Allah.. Perkara susah kami lakukan bersama. Susah Senang, Kami Sama-sama..Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.. in shaa Allah, amin..