Friday, 22 March 2013

Malam Cinta Rasul



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. betapa bersyukurnya hati ini kepada Allah kerana mempermudah segala urusan serta memberi kelancaran bagi program Kuliah Addin(Manisnya Cinta Bersulam Keimanan) yang diadakan di Masjid Sultan Badlishah UUM pada 21 Mac 2013..

Perancangan awalnya saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa program untuk beberapa ketika selepas saya terpaksa pulang ke kampung kerana ayah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Alfatihah buat ayah, moga dia tenang di sana dan bersama orang-orang yang soleh..

Takdir menentukan, diri ini telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sebahagian daripada insan yang bertanggungjawab bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Persetujuan bagi memegang jawatan Timbalan Pengarah pada awalnya hanya kerana ingin membantu sahabat-sahabat muslimat yang lain tetapi hati memujuk mungkin ada sesuatu Allah nak bagi.

Alhamdulillah, walaupun kami menghadapi sedikit dugaan dan cabaran pada saat akhir, Allah memberi kami jalan keluar daripada dugaan yang diberikan. Keputusan last minutes HEP yang tidak membenarkan penceramah untuk masuk bagi menyampaikan ceramah menyebabkan kami diduga..lebih-lebih lagi pengarah program..Nampak betapa rungsingnya dia sedangkan tarikh program hanya tinggal 2 hari lagi.

Satu persatu masalah kami selesaikan bersama.. ikatan ukhwah antara kami semakin kuat. Alhamdulillah, moga Allah kekalkan ikatan ini untuk perjuangan kami memperjuangkan program-program keagamaan di UUM. Seronoknya handle program seperti ini ternyata sangat berbeza dengan pengalaman handle program yang lain. Mungkin terdapat keberkatan di situ.

Apabila melihat kelancaran program, semua hadirin berpuas hati..betapa hati ini rasa teramat bersyukur. Teringat waktu saya dan beberapa sahabat bersembang dengan kak Asma’ Suardi serta selepas UUM digemparkan dengan kes Bawani. Lantas kami bersepakat untuk merubah UUM menjadi lebih banyak kepada program agama. Alhamdulillah niat murni kami didengar oleh Allah, Dia la Maha Mengetahui segala-galanya. Saat kami tidak tahu di mana mahu bermula DIA tunjukkan jalan. Mungkin program ini adalah permulaan bagi kami untuk mengubah UUM menjadi Universiti Ulama Malaysia.
Terngiang saat bersembang dengan Mak Su, rasa kemesraannya.. Pengalaman pertama buat diri yang menyambut tetamu VIP. Rasa gagap sangat time tu. Pada mulanya kami panggil dengan panggilan ustazah tapi mak su meminta kami hanya memanggil dengan panggilan MAK SU sahaja. Rasa kerendahan hatinya. Mak Su merupakan insan bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar tahfiz yang menyampaikan persembahan qasidah sepanjang program berlangsung.

Waktu Mak Su nak balik, kami mengiringinya sehingga ke kereta, sempat lagi bersembang sampai hampir 30 minit. Urus setia Muslimin yang lain dah tengok-tengok mungkin sebab kami lama sangat kut (hehe).. Banyak sangat benda yang mak su nak share dan kami nak tahu. Pertemuan seketika itu begitu terhad pada kami tetapi sangat bermakna. Yang kelakarnya, Pemantau program datang untuk stop kan kami tapi last-last dengan dia pun tersangkut bersembang dengan ustaz..huhu..

Ada sedikit dugaan kami selesaikan bersama, tiada bergaduhan pun yang berlaku..masing-masing menjalankan tugas kerana Allah.. Perkara susah kami lakukan bersama. Susah Senang, Kami Sama-sama..Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.. in shaa Allah, amin..

No comments:

Post a Comment