Thursday 7 February 2013

Ilmu bukan pada pointer


Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah penantian pelajar-pelajar ijazah uum menunggu keputusan final exam berakhir pada jam 3 petang semalam.. seperti biasa lumrah kehidupan ada yang tertawa dan ada yang berduka. Realiti kehidupan yang memang saya sendiri tidak nafikan, ramai yang menilai kepandaian seseorang berdasarkan pointer semata-mata. Corak pemikiran ini yang menyebabkan ramai diantara kita mengejar untuk mendapat keputusan yang tinggi agar tidak dipandang rendah oleh orang lain, untuk menunjukkan diri itu hebat, ingin bertanding dengan orang lain serta lain-lain..

Ya.. semua itu betul, tapi alangkah lagi indah sekiranya kita ubah niat kita menuntut ilmu agar segala ilmu yang kita pelajari dapat kita gunakan kelak untuk membantu masyarakat. Saya tertarik dengan satu kata-kata yang ALLAH ilhamkan saat saya tengah mentelaah semasa final exam yang lepas..

"RUGILAH.. RUGILAH.. RUGILAH.. MEREKA YANG STUDY BAGAI NAK RAK(GILER-GILER) SELAMA BERMINGGU- MINGGU TAPI SAYANGNYA ILMU YANG DAPAT DIGUNAKAN HANYALAH DALAM MASA SATU HARI"

Bayangkan kita stay up setiap malam waktu study week, kemudian kita hanya gunakan ilmu yang kita dapat tu setakat di dewan exam sahaja, selepas itu kita langsung tak ingat apa-apa tentang kita dah belajar.. tak ke terdetik "ya Allah macam buang masa aku tak tidur berhari-hari sebab nak jawab exam tapi bukan nak guna ilmu tu sepanjang hidup.."

Sebab itu bagi saya kita perlu ubah mind set kita untuk study kerana Allah dan bekalkan ilmu untuk bantu orang lain.. in shaa Allah segala ilmu itu kita dapat guna sepanjang hayat.

...........................

menyentuh sedikit berkaitan pointer.. ya tidak dinafikan bagi mereka yang dapat tidak seperti yang diharapkan pastinya akan merasa sedih melihat sahabat-sahabat yang lain lebih tinggi.. tapi ingat laa wahai sahabat-sahabat pembaca sayang, ada apa pada pointer kalau itu menyebabkan kita lupa diri.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan masa sekarang bukan la masanya untuk kita menyesal atau melayan perasaan sedih tapi ini waktunya untuk kita bangkit dari kegagalan dan tunjukkan pada semua kesilapan yang sedikit itu akan kita jadikan sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa akan datang.

Bersyukurlah walau berapa pun yang kita dapat sebab ini masanya untuk kita muhasabah diri kenapa aku dapat result macam nie..? Adakah aku dah usaha sebaik mungkin..? bagaimana kebergantungan aku kepada Allah..? sebab apa aku nak dapat result tinggi..?
Nah cuba cari jawapannya.. setiap kita selalu buat silap dalam pengurusan masa, tak dinafikan saya sendiri kadang-kadang leka dengan masa.. mungkin ramai antara kawan-kawan di universiti suka menonton movie kalau ada masa free sepanjang pengajian lebih-lebih lagi waktu study week, alhamdulillah, saya bukan type yang suka tengok movie kalau dalam pengajian tapi sikap saya yang suka sangat bersembang.. mulut non stop kalau bercakap..hehe.. itu juga kegagalan saya dalam menggunakan waktu, tapi alhamdulillah Allah cepat sedarkan, saya akan pergi bilik kawan untuk menyembang selepas asar sebab waktu tu memang saya tak akan study, peruntukkan untuk riadah mulut...hehe..

tiada kata mampu saya lontarkan bagi menasihati sahabat-sahabat sebab saya sendiri ada kekurangan untuk diperbaiki.. ya saya faham bagaimana rasanya dapat result tak seperti dijangka kerana saya pun pernah alaminya dulu.. tapi saya bangkit selepas itu dan berjanji saat saya menoleh semula ke belakang saya akan senyum dengan berkata " Terima kasih ya Allah, kegagalan yang kau berikan dulu, menyebabkan aku lebih fokus.. aku minta result yang tinggi tapi kau berikan yang sebaliknya kerana engkau ingin memotivasikan aku, engkau ingin aku merasai bagaimana rasanya sekiranya gagal.. engkau ingin aku hargai setiap ilmu yang aku pelajar.. terima kasih ya Allah kerana engkau sedarkan aku sebelum segalanya terlambat"

Allahu Allah, sahabat-sahabatku.. kita baru semester satu.. ayuh bangkit laa untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang..

1 comment: