Wednesday, 17 April 2013



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah masih diberi pinjaman kekuatan untuk menukilkan sedikit perkongsian buat diri dan semua.

Alhamdulillah, semalam selesai ujian bacaan al-quran pelajar ijazah sarjana muda(semester 2). Kesibukan waktu orang lain menyebabkan saya menawarkan diri untuk menjadi naqibah bagi mendengar bacaan sahabat-sahabat yang lain. Saya telah berusaha untuk mencari senior di blok untuk bantu tapi ramai yang ada kerja. Waktu ketua BIRO KEROHANIAN dapat tahu saya jadi naqibah dia hanya ketawa masa call. Yelaa saya siapa plak nak dengar..Saya minta kawan untuk dengarkan bacaan saya serta memberi markah.


Tak ramai pun saya perlu dengar tak sampai 20 orang. Alhamdulillah semua sahabat-sahabat turun ke surau blok untuk memperdengarkan bacaan mereka.

Hati tiba-tiba tersentuh dengan seorang sahabat yang free hair..subhanaAllah, dia mampu membaca al-quran biarpun lambat tapi bacaan tak banyak salah..nie laa dikatakan tidak mengapa merangkap membaca al-quran, asalkan ada keinginan untuk memperbaiki. Semua bertanya kepada saya nak baca panjang mana. Bagi saya selagi bacaan mereka tak teruk sehingga tersalah maksud saya minta teruskan sampai habis satu muka surat. Yelaa banyak pahala boleh dapat. Berbeza dengan sahabat 'istimewa' ini.. bacaannya walaupun lambat tapi dia boleh sebenarnya membuatkan saya tidak stopkan bacaannya.. sebolehnya saya mahu dia habiskan satu muka surat al-quran. Mungkin sebab ramai sedang menunggu giliran pada ketika itu, tiba-tiba dia terstop baca. Sangat sayu mendengar bacaan daripadanya.. Hati ini benar-benar tersentuh.

Ingin sekali bgtau dia waktu tu, bacaan awak walaupun lambat tapi lancar tapi sebab ramai orang saya takut dia terlalu rasa rendah diri sebab sangat lain tengok mukanya semalam. Allahu Allah, tanggungjawabku besar.. Ada sebab kenapa Allah memilihku untuk menjadi naqibah malam tu. Keseluruhannya, ramai yang ada quran di bilik tapi mungkin jarang membaca. Tak ramai yang boleh membaca dengan lancar serta bertajwid. Sebutan huruf س ش ث ramai yang tertukar, ingin membantu tetapi saya pun punya kekurangan.. Moga Allah bantu mereka semua.. sayanglah sekiranya ramai yang merangkap membaca al-quran..

Mungkin ramai yang pernah belajar dan pandai membaca suatu ketika dulu tetapi sebab dah lama tinggal itu yang menyebabkan bacaan menjadi kurang lancar. Saya juga begitu suatu ketika dulu. Dalam kalangan adik-beradik saya dikira paling okay dan lancar membaca al-quran tapi sebab malas dan berlagak pandai, selalu tak mengaji..mak dah tak larat nak marah dah.. suatu hari bila sekian lama tak mengaji, kemudian nak mengaji jadi tersekat-sekat..mak menegur "tulaa, tak selalu mengaji..dah tak lancar bacaannya" adik beradik lain plak yang lagi ok.. sebab rasa tercabar selepas tu saya tekad takkan tinggalkan bacaan al-quran. Jika dibuat kajian secara rawak waktu Allah bagi cuti seminggu tu pun bila dah selama tu tak membaca al-quran dah tersekat-sekat bacaannya..kalau tinggal berbulan-bulan risau cara sebutan huruf jadi lain plak..

Ya Allah, moga Kau berikan hidayah serta bantu aku untuk instiqamah membaca al-quran.. Dalam proses mempelajari bahasa arab bagi memahami isi al-quran tapi ustaz sekarang sangat sibuk memang tak sempat jumpa, moga Allah memberi sumber bantuan lain untuk saya pelajari bahasa al-quran.

Sahabat istimewa itu terlalu istimewa, mahu dibantu tapi saya tidak terlalu rapat dengannya. Selesai ujian tersebut, mesej ketua biro bgtau (tapi saya tak bagitau nama sahabat itu)..hanya ingin mendapatkan bantuan bagaimana untuk bantunya. Tapi dia minta saya kenalkan dengan dia. maaf bagi saya lebih elok kami, sahabat-sahabat perempuan yang membantunya.lebih afdhal gitu..hehe.. In shaa Allah moga kami semua mampu walau sesibuk mana pun dengan urusan universiti.

Sekadar perkongsian buat pengetahuan semua, di Universiti Utara Malaysia semua pelajar diwajibkan untuk menghabiskan ujian Fardhu Ain yang telah ditetapkan oleh pihak HEP dan Pusat Islam:

Semester 1: Ujian Fardhu Ain (soalan objektif)
Semester 2: Ujian bacaan al-quran
Semester 3: Ujian hafazan
Semester 4: Kursus kahwin..

Ramai rasanya yang terlalu excited dan tak sabar untuk semester 4..hahahha..kidding jew.. package lengkap sebelum graduate..

Monday, 15 April 2013

Roda yang berputar...



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah masih diberi pinjaman nyawa serta kekuatan oleh Allah swt untuk saya nukilkan sedikit perkongsian ilmu dariNya di blog. Moga memberi manfaat buat semua dan menjadi saham pahala buat saya sendiri.

Keterbatasan waktu untuk bersama adik-adik junior menyebabkan saya tak sempat untuk berkongsi pengalaman sebagai bekas pelajar.. Program boleh buat tapi tak kan semua asyik saya jew bercakap naik boring orang dengar.. sahabat-sahabat yang lain pun perlu diasah bakat untuk bercakap di hadapan..Moga post kali ini dapat menyunting semangat adik-adik semua.. Maaf kami plan nak buat program lagi tapi kemungkinan besar akak tak dapat join sebab waktu cuti yang berbeza dengan yang lain. Sebab tu akak terfikir inisiatif lain supaya dapat bantu korang semua. Mohon sebarkan ya, banyak sikit pahala akak dapat..huhu..

Semua mungkin sekali pandang rasa saya macam hebat di sekolah. Dikenali oleh guru-guru pelajar malahan pihak atasan sekolah mungkin orang akan kata saya fomous. Sebenarnya bagi saya tidak pun dan saya sangat tak selesa orang terlalu mengenali saya. Terasa diri seolah terkongkong dan hipokrit.. Berusaha menjaga segalanya di depan umum tapi kalau siapa yang betul-betul kenal tu tahu laa mcam mana saya, dengan cakap tak berhenti, merapu dan semua laa yang saya sangat suka buat..hahaha.. saya pun insan biasa..huhu

Berbalik dengan motif utama post nie untuk berkongsi pengalaman sebagai bekas seorang pelajar sekolah. Semua mungkin lihat saya hebat dalam akademik, gelaran best student kononnya (sebenarnya tak layak pun dapat gelaran tu.. please stop panggil macam tu) tapi semua tak tahu suatu ketika dulu saya pun pernah menjadi student di bawah, yang sentiasa rasa rendah diri melihat pencapaian kawan-kawan yang lain yang lebih tinggi.

Sewaktu sekolah rendah, saya memang student kelas depan tapi result exam sama jew dengan kelas-kelas yang agak kebelakang. Sampai sekarang masih ingat, peperiksaan pertengahan tahun semasa darjah 6, majoriti dalam kelas dpat A bagi subjek matematik tapi saya jauh ketinggalan di belakang dengan markah 49%.. sedih kan, terasa sangat rendah diri. Dalam satu sesi perjumpaan dengan Guru Besar, setiap result akan di komen one by one oleh Guru Besar, tiba giliran saya Guru Besar tanya " Kenapa markah matematik dapat 49%..?? kelu tanpa jawapan, takkan saya nak jawab tak cukup masa sedangkan kawan-kawan yang lain boleh buat.

Saya kurang bergaul dengan rakan sekelas disebabkan rasa rendah diri dengan diorang, yelaa budak-budak pandai kita nie apa laa sangat..haha.. kawan-kawan saya ramai yang dari kelas belakang, sampai ada sorang kawan kata " Fatimah, suka berkawan dengan budak kelas belakang.." Saya tak nampak kenapa pelajar kelas belakang tak boleh berkawan dengan kelas depan, ko ingat ko kelas depan ko terer sangat.. Seriously bila dikaji memang student kelas depan nie agak sombong (sorry to say directly).. tapi tak semua ya.. mak pun ada cakap "Adik kawan dengan budak-budak kelas belakang nanti jadi tak pandai laa.." saya jawab "Adik kawan jew, tapi tak ikut pun cara diorang, diorang malas belajar jangan laa ikut, kita patut ajak diorang sama-sama belajar..tak kan nak berjaya sorang-sorang".. tu prinsip saya, saya tak setuju dengan statement " KAWAN DENGAN BUDAK PANDAI JADI PANDAI,JANGAN KAWAN DENGAN BUDAK TAK PANDAI NANTI JADI TAK PANDAI".. habis budak tak pandai tu sampai bila laa tak approve diri dia.. so, kita nie perlu kawan dengan orang pandai untuk dapat ilmu, kawan dengan yang kurang pandai untuk sebarkan ilmu..mudahkan nak kekalkan ilmu dalam ingatan.. ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG SAMA-SAMA BAWA ORANG LAIN BERJAYA SEPERTINYA..

Sangat seronok bila setiap petang saya dan kawan-kawan kelas belakang study group bersama-sama dekat tepi pantai.. well rumah dekat dengan pantai..huhu.. alhamdulillah rezeki UPSR dapat 4A 1B(sains).. Menangis jugak laa sebab ramai kawan dapat 5A then diorang dapat sambung dekat sekolah berasrama penuh. Saya just melompat dari pintu pagar sekolah rendah ke sekolah sebelah, sekolah menengah biasa.

..............................................

SEKOLAH MENENGAH...

Diawal sekolah macam biasa laa, semua jadi budak baik..hahaha.. belang belum nampak, student baru laa katakan..Tingkatan 1 dan 2 saya sebagai student biasa yang langsung tak dikenali..Waktu tingkatan 2 memang teruk perangai, mentang-mentang dalam kelas duduk dekat belakang sekali, kejenya makan jew dalam kelas waktu cikgu tengah mengajar tapi tak selalu laaa(Adik-adik jangan tiru perangai buruk dan tak beradab akak nie..haha). Dahlaa rendah so kalau nak menyalin memang kena berdiri, pernah tiba-tiba ada budak lelaki tanya "Kenapa berdiri" mungkin pelik sebab semua duduk tiba-tiba kita sorang duk berdiri menyalin.. pandang dengan muka innocent sambil jawab "Dah tak nampak"..ingat kena denda apa..huhu..

Di tingkatan 2, saya di offer untuk wakil sekolah dalam pertandingan memasak, start daripada situ dah mula agak sibuk.. kelas satakat tak masuk dalam seminggu tu perkara biasa laa..

Di tingkatan 3, waargghhh jadi student PMR laa plak kite, macam biasa laa sibuknya dengan macam-macam kelas tambahan. Tahun pertama sebagai pengawas sekolah, Masih dengan kontrak(kontrak laa sgt) masih menjadi wakil sekolah dalam pertandingan memasak. Sibuk sangat sampai selalu tak ada dalam kelas..huhu..itu perkara biasa.. yang panas telinga sebab masuk kelas dapat report
"Fatimah, tadi cikgu bising sebab awak selalu tak ada dalam kelas, cikgu kata blablabla.." mula-mula kena memang menusuk kalbu laa.. fikir jugak, tak masuk kelas pun semua homework siap, setiap kali tak masuk kelas selalu tanya kawan diorang belajar apa.. tapi biasalah cikgu sayang sebab tu kena teruk..hahaha.. yang paling teruk kena result turun 2 3 markah cikgu dah bising, orang lain yang tak aktif turun banyak tak kena plak.. nasib laa.. buat tak tahu sudah..huhu..

Saya bangkit time tu, dengan kata-kata dalam hati "Siaplah cikgu-cikgu sekalian, aku akan bukti boleh dapat straight A's walaupun aktif.." Alhamdulillah berkat doa dan usaha dapat laa 8A dalam PMR..

Masuk form 4 dah semakin slow aktif..hehe..aktif dekat persatuan jew laa.. sebab dah dapat 8A then aktif lagi masa form 3, so pengetua dah start kenal. Waktu form 4 bukan main laa tak nak masuk kelas sains.. macam-macam buat, kawan-kawan siap pergi naik turun pejabat nak tukar kelas malangnya tidak berjaya. Terpaksa duduk kelas sains, terpaksa belajar biologi, fizik, kimia, akaun dan addmath(subjek elektif), form 4 sempoi-sempoi plus giler-giler ckit laa..huhu..

Masuk form 5 diberi kepercayaan untuk memegang tampuk pimpinan tertinggi sekolah. Jawatan Ketua Pengawas Perempuan merangkap Head Girl memang bukan mudah, tunggang terbalik hidup.. Seawal 6.50 dah keluar rumah untuk ke sekolah(macam jauh je sekolah). Biasalah perlu sampai awal baru orang boleh mencontohi kita sebagai ketua. Letak beg terus bersiap untuk perhimpunan pagi, tengok kawan-kawan lain sibuk bertungkus lumus siapkan baki homework.. saya memang tak sempat, giler apa sekali cikgu spok check tengok ketua pengawas sendiri duduk dalam kelas siapakan homework, pagi-pagi sepatutnya ronda kawasan sekolah nak suruh pelajar masuk perhimpunan dengan segera. Nak kena urus MC perhimpunan lagi. Yang paling kelakar, tugas pengawas sepatutnya kejar pelajar, tapi tugas saya kejar pengawas yang liat nak menjalankan tugas.. sengaja malas masuk perhimpunan.. Jenuh pusing satu sekolah cari diorang nie..

Disaat cikgu mesyuarat memang pelajar paling seronok laa.. yang merana pengawas sekolah terpaksa kejar, diorang nie tak reti duduk dalam kelas agaknya. Yang saya sangat jeles, kawan-kawan dalam kelas siapkan homework, kita dengan tugas dan tanggungjawab..bila masuk kelas semua dah siap homework, kita jew yang tak siap..sedih gilerr..tapi berusaha juga siapkan sendiri, tak main laa copy paste jawapan nie..

Sesibuk mana pun result memang kena jaga, kalau tak kena lagi dengan cikgu-cikgu, dah tak larat nak jawab dan dah tak ada jawapan nak bagi..huhu..lagi satu saya perlu faham apa yang cikgu ajar sebab memang tak cukup masa nak study ditambah lagi cikgu-cikgu akan marah kalau cikgu tanya semua tak dapat jawab..maka untuk selamatkan kawan-kawan sekelas dari kena marah terpaksa jadi wakil menjawab soalan dalam kelas. The best thing, banyak ilmu dapat..huhu

Pernah sekali, terlalu sibuk dengan kem.. Bila terpilih untuk ke kem daerah so banyak laa tak masuk kelas, diorang dalam kelas sibuk menjawab soalan past year SPM, kita yang dekat kem memang lagi banyak belajar, tapi semua budak pandai kita jew yang slow sikit..haha.. Dekat kem cikgu-cikgu memang ajar laju giler sebab nak habiskan modul.. Balik sekolah tengok-tengok diorang dah banyak buat soalan past year.. sedih gilerr time tu ditambah lagi rasa sangat down.. Waktu tu diorang tengah jawab soalan add math, kemudian ada satu soalan saya tak dapat jawab so tanyalah, tiba-tiba ada sorang budak lelaki kata "Soalan tu pun dok tahu..".. Dah lah tengah down, dapat plak ayat macam tu, memang terasa gilerr laa.. tiba-tiba terus terdiam..diorang perasan so dah kecoh satu kelas "tim merajuk..dok tahu mung wat tim merajuk orhh, baik gie mitok maaf.." huhu..caringnya korang nie, tak merajuk pun tapi time tu tengah down tu yang cepat terasa.hoho

Dengan kesibukan kem, selalu tak ada dekat sekolah tapi dalam masa yang sama terpaksa arrange HARI GURU..lagi lintang pukang dibuatnya hidup.. Macam-macam masalah nak kena settle kalau ada kat sekolah, nak jadi cerita kem plak berderet, baru pergi dah nak kena pergi balik..nasib laa masa tu hari guru jatuh hari ahad.. so, balik dari kem tengah hari jumaat tu, terus pergi sekolah lepas jumaat..tak kira dah time tu tengah demam (terpaksa skip satu kelas masa kem sebab demam agak teruk).. jumaat kat sekolah, sabtu pun dekat sekolah.. terpaksa demi kelancaran majlis hari guru.. penatnya tak payah kata laa.. senyum aja..

Alhamdulillah, sesibuk mana pun berusaha untuk maintain kan result.. saya tak ada lah hebat sangat, tak straight A's pun SPM just 6A so title best student tu memang tak sesuai laa..Jika diberi pilihan saya lebih suka menjadi student biasa. Tapi Allah dah tentukan menjadi seorang pemimpin. Di sekolah itulah, saya dididik bagaimana menjadi seorang pemimpin.. ternyata bukan mudah, setiap orang dengan ragamnya.. macam-macam komen, kutukan, pujian semua ada membuatkan kita jadi lebih kuat dan tabah..

opppsss lupa nak cerita.. adik-adik tahu tak akak pernah menangis bila cikgu tunjuk result akak, waktu tu muka cikgu sangat kecewa..Cikgu sangat berharap tapi akak kecewakan cikgu..Trial SPM, sebab menjawab dalam keadaan ketakutan akak tersilap jawab soalan statistic.. tersilap kira frequency menyebabkan hilang 12 markah.. Lepas waktu sekolah cikgu panggil akak masuk bilik guru, cikgu tak marah, cikgu just dengan muka frust tunjuk soalan tu then tanya "Kenapa nie Fatimah.." terus berjurai air mata keluar..tak sanggup tengok.. "Kertas satu awak dah ok, salah 2 jew..nie paper 2 boleh salah soalan nie, careless".. memang tak sanggup tengok waktu tu, cikgu sangat kecewa..kalau cerita dekat orang, diorang akan kata ok jew result ko still dapat 80 lebih.. diorang tak akan pernah faham..bukan result yang perlu ditengok tapi saya dah kecewakan cikgu..yang tu yang paling sedih..

Kesibukan dengan tugas, kem, jawatan menyebabkan kurang masa dengan family..keluar rumah pagi, pukul 7 baru balik.. then siapkan homework + study sikit sampai pkul 12 or 1.. tidur balik then teruskan macam biasa.. hari cuti pun kat sekolah..sangat tak ada life..Sampai kakak pernah kata "awak nie, saya balik kampung awak tak payah laa keluar, duduk jew rumah" tapi saya terpaksa demi tugas dan tanggungjawab..

p/s: Mungkin semua nampak hebatnya saya, tapi mungkin tak ramai sedar bagaimana saya sebelum menjadi seperti itu.. Saya juga bermula dari bawah, dari seorang yang rasa terlalurendah diri, tiada keyakinan..pernah result renda dan pernah rasa resutt tinggi.. pernah rasa menjadi pelajar terbaik juga pernah merasa menjadi pelajar tercorot. Segalanya memberi motivasi. Seorang yang hebat perlu melalui saat-saat sukar supaya mereka menghargai saat-saat bahagia.. Allah nak didik supaya saya memahami bagaimana perasaan setiap orang sebab saya juga pernah mengalaminya.. Sekarang saya pegang satu ayat "Kalau aku jatuh, aku perlu bangkit semula dan berjanji suatu saat aku toleh kembali pada kenangan saat jatuh aku akan tersenyum sambil berkata 'terima kasih ya Allah, kerana kejatuhan itu mendidik aku untuk lebih tabah dan menjadi orang yang menghargai'"

Puisi penuntut ilmu



Menangislah duhai hati kerana menuntut ilmu,
Setiap titisan air matamu,
Di situ letaknya kemanisan mencari ilmu,
Dalam kepayahan menuntut ilmu,
Moga dikau setiap ingat kepada Yang Maha Berilmu,

SubhanaALLAH luasnya ilmu ALLAH,
Semakin dikaji, semakin ku sedar banyak lagi ilmu yang belum diterokai,
Jangan pernah mengalah dalam menuntut ilmu,
kerna ALLAH sentiasa bersamamu,

LA TAHZAN wahai diri,
Niatmu menuntut ilmu kerana ingin meneroka bidang ilmu,
Andai kau merasa lelah,
Menangislah, mengadu lah kepada pencipta,
Sujudlah disaat yang lain dibuai mimpi,
DIA lebih mengetahui kemampuanmu,

Dugaan akan sentiasa hadir dalam perjalananmu menuntut ilmu,
Moga diri sentiasa tabah dan terus bersemangat,
Jangan pernah patahkan semangatmu,
Ayuh majulah kehadapan,
Dunia memerlukan orang yang berilmu sepertimu,
Moga dirimu mampu mengoncangkan dunia....

Sunday, 14 April 2013

puisi buat sahabat



Terkadang aku tersenyum sendirian,
tatkala sahabat merasa "down"
akulah insan yang menyunting semangat mereka,
memberi kata-kata perangsang,
mengubah persepsi mereka dari negatif kpd positif

Dan di saat aku pula diuji,
merasa betapa beratnya sebuah dugaan,
mereka seolah-olah memulangkan kembali kata2 perangsang yang pernah aku lontarkan dahulu,
terima kasih sahabatku,

SubhanaAllah,
adakah sudah kutemui insan yang bergelar sahabat,
yang sentiasa bersamaku dalam tawa dan tangis,
Ya Allah,
Andai suatu saat nanti Kau ingin menduga kekuatan persahabatan kami, janganlah Kau uji sesuatu yang tak mampu kami pikul,
Andai suatu saat nanti kami berselisih, kau satukanlah hati kami,
Andai suatu saat kami bermusuhan, kau jernihkanlah kembali persahabatan kami,
Dan andai suatu saat nanti ada diantara kami yang pergi dulu,
Kau kekalkanlah kenangan yang pernah kami cipta pada mereka yang masih hidup...

Matrikulasi..????



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog, diberi kekuatan juga oleh Allah untuk menulis sesuatu yang in Shaa Allah bermanfaat untuk semua dan menjadi saham pahala buat saya.
Maaf akak ucapkan buat adik-adik junior akak yang bertanya fasal matrikulasi tapi akak tak sempat nak jawab melalui message di FB. Bukan apa ia perlu penerangan yang lebih details dan akak lebih suka bila face to face. Zairy maaf akak janji nak update blog tapi baru sekarang ada masa untuk update dan tulis pasal matrikulasi.
Tak tahu nak start share macam mana..hurmm.. akak share pengalaman akak jelaa ya.. Semasa akak form 5 ada beberapa cikgu beri taklimat untuk hala tuju selepas SPM. Ada di kalangan cikgu-cikgu nie dulu pun lepasan matrikulasi. Macam-macam cerita akak dengar baik daripada guru-guru ataupun senior, semua negatif.. boleh dikatakan dalam 100 orang dua tiga orang je kut bagitau yang positif. Lantas waktu tu bila orang tanya

“ Fatimah, ko nak pergi matrik tak.”
“Tak nak aku, macam scary jew. Kalau tak boleh score kelulusan kita setakat SPM jew”

Betapa tekad waktu tu tak nak pergi. Bila permohonan kemasukan ke Matrikulasi dibuka akak paksa rela jew isi. Takut nanti jadi satu kontroversi plak kalau tak isi.. Jenuh nak menjawab dengan kaunselor dan PK 1. Paksa rela pun tak adalah nak isi main-main. Dah tak minat sains tak kan nak letak pilihan Matrik aliran sains, so akak tetap isi aliran Perakaunan.. Beria pilih matrik yang dekat-dekat jew.. seingat akak 1st akak letak Kolej Matrikulasi Pahang, 2nd Kolej Matrikulasi Selangor.. then dah lupa.. tapi semua pilih yang dekat-dekat.. Last-last rezeki dapat jauh, nun di hujung dunia(bab kata abang akak) dekat Perlis.

Waktu tu akak konfius antara dua, sama ada pilih Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) ataupun pergi UITM Machang. Dua-dua akak dapat kos perakaunan. Berfikir sekejap dua-dua jauh. Tapi kalau akak pilih UITM akak jauh selama 4 tahun, tapi kalau pilih matrikulasi akak duduk jauh setahun je pun. Selepas istikharah, musyawarah dan perbincangan, akhirnya akak buat keputusan muktamad untuk ke utara. Bohong kalau akak kata before akak buat keputusan nie tak ada yang cerita negatif fasal matrik. Akak pun ada tanya kakak ipar akak pasal matrik, dia jawab “ susah, sepupu dia pun keluar daripada matrik sebab tak sanggup..”. Jenis akak, akak memang tak suka percaya bulat-bulat. Akak mesti nak tahu sebab apa diorang kata susah, dulu pun waktu akak nak masuk sekolah menengah semua kata susah, UPSR boleh laa dapat 4A, time sekolah menengah susah la..

Akak kuatkan diri untuk pergi kaji sendiri macam mana suasana kat matrik. Akak nak buktikan dekat semua matrik tak susah, bukan killer.. Orang yang kata susah tu mungkin sebab main-main masa belajar, bila tak score pointer salahkan matrik. (Memang sikap kita, suka salahkan orang lain).

............................................

Corak pembelajaran di matrikulasi tidak jauh beza dengan sekolah..Di matrikulasi kita ada kelas tutorial dan kuliah(seperti di universiti). Ini membantu pelajar untuk membuat persediaan bagaimana corak di universiti nanti dan pada masa yang sama masih dengan corak pembelajaran di sekolah.

Mungkin akak student perakaunan so, nampak lebih relax berbanding student sains. Dalam kuliah biasanya belajar dalam kelompok yang ramai. Lebih kurang 100-200 orang(tengok keluasan dewan kuliah), pensyarah akan menerangkan setiap bab dalam sukatan pembelajaran. Pada mulanya akak pun terkejut sebab dalam masa seminggu dah habis satu bab, memang laju.. akak pun risau waktu tu tapi dapat back up waktu kelas tutorial.. kelas tutorial nie pelajar akan dipecahkan kepada kelompok yang lebih kecil. Corak pembelajaran seperti di sekolah. Lecturer akan masuk mengajar seperti biasa. Tapi lecturer tidak akan terang balik apa yang telah di ajar dalam kuliah sebaliknya bantu kita untuk jawab soalan. Hah, waktu nie kalau ada yang dekat dalam kuliah yang kita tak faham boleh laa tanya dan lecturer akan terang dengan lebih details.

Dalam kelas tutorial kebanyakan hanya akan buat latihan tutorial(lebih kurang macam soalan ulangkaji). Dengan latihan ni, ia membantu pelajar untuk lebih faham..yelaa nak harapkan study sendiri malas kan..???huhu.. Bukan susah nak score..tips: tutorial buat betul-betul, soalan tambahan yang lecturer bagi sila buat dengan penuh kerelaan hati..huhu.. JANGAN PERNAH TIRU TUTORIAL DENGAN KAWAN, bincang tak apa..

Lagi satu kat matrikulasi lebih mementingkan pencapaian akademik so pelajar-pelajar tak perlu nak aktif sangat..Pesan akak siapa-siapa yang nak pergi matrik, study awal-awal..tutorial jangan tangguh, jangan duk sibuk nak outing sangat, pandai-pandai bahagi masa yap..yang penting semangat dan niat nak pergi matrikulasi tu untuk apa.. niat laa untuk dapat ilmu ALLAH dan semoga dengan ilmu yang kita dapat nanti dapat disebarkan dan memberi manfaat kepada orang lain..

Akhir sekali renungi kata-kata nie..

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "
Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”
Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

Nah beberapa foto waktu akak di Matrikulasi Perlis