Saturday, 29 June 2013

Bagaimana aku di semester hadapan..


Bismillahirahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, selawat dan salam buat kekasihMu, buat hati kami, Nabi Muhammad saw..

Aku lemah bila aku sendirian,
Aku lemah bila DIA tiada disisi,
Aku rasa kosong,
Aku rasa sunyi,
Aku rasa sepi,
Bila imanku menurun..

Ya Allah, hati ini lemah, diri ini tidak kuat tanpaMu.. aku buntu pada keputusan yang aku sendiri buat, adakah itu yang terbaik.. Setiap hari berfikir.. Namun hanya engkau yang mengetahui sebab aku memilih keputusan itu.. Aku ingin berubah ke arah yang lebih baik.. Aku ingin menjadi seperti saiyidatina Siti Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah, Aku ingin menjadi mawar berduri namun Aku ingin menjadi seseorang yang mampu menyumbang sesuatu buat Islam..

Aku buntu adakah keputusan yang bakal aku pilih semester hadapan adalah yang terbaik.. Bantu aku Ya Allah untuk memilih keputusan yang terbaik buat semua..

Bantu aku agar BELAJAR, KELUARGA dan DAKWAH bergerak seiring.. Itu misiku yang utama.. Moga impianku yang menggunung tinggi itu terlaksana wahai ALLAH..

Sahabat


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, selawat dan salam buat junjugan besar kekasihMu, buat hati kami Nabi Muhammad saw..

Terdetik untuk mengarang sesuatu berkaitan sahabat. Lumrah sebagai seorang pelajar perantauan yang jauh dari keluarga, insan yang paling rapat dan selalu disisi adalah sahabat. Bila mengenang kembali suka duka perjalanan persahabatanku bersama yang lain, kadang rasa sayu, gembira.. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, begitu juga dengan persahabatan kami. Memberi kejutan buat diriku sendiri. Indahnya ALLAH memberi dugaan, menegur bilamana kami terlalu leka dengan keindahan persahabatan.. Ujian dan cabaran menjadikan aku lebih mengenali mereka yang menjadi sahabat-sahabatku di universiti.

Bukan mudah untuk menjaga ikatan persahabatan andai masing-masing tidak mahu mengalah. Bagiku dalam persahabatan perlu ada "give and take". Bila ada salah faham, salah seorang perlu mengalah bagi melembutkan lagi sebelah pihak dan bukannya masing-masing nak tunjuk siapa lagi kuat.. Bukan siapa salah menjadi ukuran bagiku kerana yang benar tetap akan menang walaupun lambat. Berlembut itu lebih baik daripada bermusuhan..

Tatkala ada yang meminta pendapat, nasihatku, kadang-kadang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu, mungkin cukup sekadar menjaddi pendengar yang baik. Namun, aku rasa kadang kala aku juga perlu menegur sekiranya mereka salah, tapi bukan mudah bila melibatkan soal hati.. Ya begitu sukar.. Selagi aku mampu, aku berusaha menjadi pendengar yang terbaik, tapi ingatlah sebaik-baik pendengar adalah ALLAH swt.. Dia yang memberimu masalah, Dia juga yang ada jalan penyelesaiannya.. Carilah DIA dahulu, sebelum mencariku..

Wednesday, 12 June 2013

Betul ke IlmU BukAn PaDa PoinTeR


Bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat kekasih Allah, buat hati kita Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah setelah sekian lama tanpa update sesuatu di ruang blog, hari ini diberi kekuatan untuk mencalit sesuatu..

Terfikir bilamana post saya berkaitan pointer di facebook di komen oleh pengetua dewan penginapan pelajar.. Adakah betul ayat yang saya keluarkan sebelum ini.. Sungguh diri ini seorang yang lemah juga perlu banyak mempelajari lagi, dalam usia awal 20-an ini mungkin segala tindakan ada kalanya tidak rasional, justeru memerlukan pandangan dan komen daripada mereka yang lebih tua..
ILMU BUKAN PADA POINTER..???
Risau sekiranya mereka yang membaca coretan saya di ruang facebook tersalah mentafsir.. mungkin maksud yang saya cuba sampaikan tidak dapat difahami sepenuhnya.. Bilamana saya mengeluarkan ayat “ilmu bukan pada pointer” ya sewaktu keluarnya keputusan semester 1 dulu.. Pada mulanya saya ingin memujuk sahabat-sahabat yang terasa begitu “down” dengan pointer pada semester 1, saya ingin mereka bangkit semula tanpa memikirkan pointer yang telah diperoleh. Andai kalian benar-benar berusaha dan niat belajar kerana Allah sudah pasti ilmu itu kekal. Ya, saya tidak menafikan pointer la yang menentukan kedudukan seseorang. Semua orang memandang daripada sudut tersebut. Saya ingin menimbulkan satu persoalan buat semua pembaca, adakah dengan pointer tinggi yang kita dapat kita benar-benar memahami ilmu tersebut atau pointer tersebut hasil daripada soalan bocor atau soalan ‘spot’.. itulah persoalan yang kadangkala timbul di benar fikiran saya. Dengan memandang keadaan sekeliling terkadang ada yang biasa-biasa sahaja pointernya tapi bila berbicara dengannya sungguh ilmunya sangat luas berbanding mereka yang tinggi pointernya tetapi kadang-kadang tidak berapa rasional dalam memberi hujah, fakta ataupun pandangan..

Pada saya, cara seseorang memahami perkataan “ilmu bukan pada pointer” mungkin berbeza. Saya mengeluarkan perkataan ini dengan kefahaman saya yang tersendiri.

Tidak salah ingin mengejar pointer, itu salah satu yang dipandang oleh masyarakat. Tapi bilamana niat kita hanyalah untuk mendapatkan pointer yang tinggi semata-mata adalah sangat penat. Seolah-olah kita sedang mengejar sesuatu tetapi tidak pernah sampai ke destinasinya. Mengapa saya berkata demikian..?? Ini kerana bayangkan sewaktu semester 1 kita menginginkan pencapaian dekan, kemudian dengan usaha dan doa serta rezeki daripada Allah kita dapat dekan, kemudian kita terus mengejar pointer dekan lagi pada semester 2, 3, 4 dan seterusnya..bukankah penat untuk mengejar sesuatu tetapi tidak pernah sampai..kita sentiasa mengejar untuk mendapat keputusan yang tinggi tapi untuk apa..?? Persoalan lain pula timbul..
Ada yang menjawab “untuk kehidupan yang lebih baik”. “Agar dipandang tinggi oleh masyarakat”. “Agar mudah mendapat pekerjaan”.

Mungkin benar jawapannya, tapi adakah segala ilmu yang pernah kita pelajari itu kita ingat sekiranya dahulu kita hanya niat untuk mengejar pointer semata-mata..??
Sesuai dengan sebuah hadis:
“Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapat apa yang diniatkan.”

Benarkah pabila saya mengatakan bilamana kita hanya berniat untuk mengejar pointer semata-mata itulah yang kita dapat sebenarnya. Ilmu..?? mungkin ingat-ingat lupa.. Justeru perkara itulah yang saya ingin diri saya sendiri mengubahnya..Saya tidak perlu menuding jari kepada sesiapa cukuplah buat diri sendiri yang sentiasa mengejar sesuatu sejak dari sekolah tapi tidak pernah sampai.. Saya mengejar sewaktu UPSR, PMR, SPM dan MATRIKULASI.. alhamdulillah saya mencapai target saya tapi bilamana ada yang bertanya saya gagal untuk memberikan jawapan yang terbaik sebab dulu saya belajar sesuatu subjek semata-mata untuk peperiksaan, kesannya saya tidak ingat selepas peperiksaan..

Saya ingat kata-kata yang pernah kawan dan saya lontarkan dulu “Perasan tak bila siapa-siapa minta kita explain sesuatu before exam, boleh jew kita jawab tapi kalau soalan yang sama ditanya selepas exam, kita pun dah lupa..” Nah inilah bilamana kami belajar hanya untuk exam..

Justeru, saya ingin menyeru diri saya sendiri serta mereka yang sudi untuk sama-sama mengubah niat kita belajar untuk apa.. segala-galanya perlu seiring.. Belajar niat kerana Allah bergerak seiring dengan mengejar pointer atau belajar kerana Allah bergerak seiring dengan mengejar ilmu.. Ilmu itu luas. Pada saya mengejar pointer kita hanya akan dapat pointer tapi bilamana kita mengejar ilmu, pointer itu datang dengan sendiri. Orang yang berilmu sudah pasti dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik seterusnya pasti akan mendapat keputusan atau pointer yang baik..betulkan begitu..??

Namun, perkataan ilmu bukan pada pointer hanya diri masing-masing yang mempunyai jawapannya.. Adakah pointer yang diperoleh itu relevan dengan usaha dan ilmu atau tidak..?? Saya tidak punyai jawapannya tapi diri sendiri yang lebih tahu.. ILMU BUKAN PADA POINTER atau ILMU MEMANG BERDASARKAN POINTER..